27 Rejab

Malam ini adalah malam isra’ dan mikraj. Ia merupakan satu peristiwa yang penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia memaparkan pengalaman Rasulullah s.a.w yang naik ke tujuh petala langit dan menyaksikan gelagat penghuni di neraka dan syurga.

Pada malam 27 Rejab tahun 620M, malaikat Jibril mengejutkan Rasulullah s.a.w dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur untuk memenuhi undangan Allah swt.

Di Masjidil Aqsa, Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit pula, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain.

Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama. Pada mulanya, setiap orang Islam telah diwahyukan untuk mengerjakan 50 waktu solat namun Nabi Musa telah meminta Baginda saw agar merendahkan kuantitinya kepada 5 waktu solat dalam sehari sahaja sebagaimana apa yang dikerjakan umat Islam sekarang.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motivasi penuh untuk menyelamatkan mereka di dunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan.

Sebagai umat Islam, peristiwa bersejarah ini perlu diingati dan dihayati agar ia boleh dijadikan sebagai ingatan kepada mereka yang masih leka dengan kenikmatan dan mengejar kekayaan dunia. Sesungguhnya, Allah swt itu Maha Agung lagi Maha Mengetahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s