Rindu Bau Pohon Tin

Saya mengenali Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil melewati blog beliau yakni saifulislam.com sebelum saya mula membaca buku beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Buku ‘Aku Terima Nikahnya’ telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penggemar buku. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang lepas telah memurahkan lagi rezeki beliau melalui dua buku yang dilancarkan secara serentak iaitu Bercinta Sampai Ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin.

Saya baru sahaja mengusaikan pembacaan bagi buku beliau, Rindu Bau Pohon Tin (RBPT). Dengan mencuri-curi masa sambil menyiapkan urusan, alhamdulilah saya dapat menyelesaikannya dalam beberapa hari sahaja. RBPT membingkiskan tentang imbauan pengalaman dan kembara dalam menuntut ilmu penulis di Dataran Syam, yakni Jordan. Negara Jordan sangat dikenali melalui sejarah peperangan antara tentera Islam di Mut’ah yang menyaksikan kematian syahid ke atas Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah.

Menariknya buku ini adalah cara penyampaian yang santai sehingga membibitkan rasa keterujaan untuk mengikuti kisah-kisah yang dilalui oleh penulis di bumi asing. Menuntut ilmu di Jordan sememangnya memerlukan komitmen sepenuhnya di kalangan pelajar di mana kehadiran ke kelas amat ditekankan. Ini berbeza dengan situasi di IPT dalam negara yang hanya tidak begitu ketat pelaksanaannya berkaitan kehadiran siswa-siswi ke bilik kuliah sehingga diberikan kebebasan tanpa pertimbangan.

Yang paling saya kagumi adalah berkenaan dengan cara didikan para pensyarah penulis yang begitu komited dalam mendidik pelajarnya. Misalnya peristiwa di mana Dr. Mustafa Abu Zaid yang begitu tegas dalam menegakkan fitrah dan kefahaman pelajar. Pelajarnya disuruh untuk mengkaji dan membaca sumber ilmu itu dengan sedalam-dalamnya.

Tambahan, penulis juga memuatkan pengalaman beliau berpuasa di bumi Jordan yang nyata berbeza dengan negara kelahiran, Malaysia. Penulis turut menceritakan khutbah jumaat di sana yang sentiasa panas dengan isu-isu yang menyedarkan sehingga tiadanya kantuk di kalangan orang yang mendengar. Bagi saya, ia satu cara yang bagus untuk dilaksanakan di negara Malaysia. Ini memandangkan khutbah jumaat sekarang yang amat terkawal melalui pembacaan teks. Pernah suatu ketika dahulu, saya mendengar khutbah yang menyentuh tentang isu gejala Mat Rempit dan pemakanan seimbang yang bisa kita baca menerusi majalah dan surat-surat khabar. Langsung tiada tarikan untuk membangkitkan jiwa keIslaman di kalangan pendengar.

Sebaiknya, saya memberikan rating yang tinggi untuk karya ini. Ia sememangnya satu travelog yang cukup menarik dalam mengajak mendekatkan diri kepada-Nya serta mendedahkan kepada erti sebuah perjuangan, kehidupan, kesabaran dan nilai-nilai kasih sayang serta persahabatan.

3 thoughts on “Rindu Bau Pohon Tin

  1. Aidura sofiee,

    Salam ziarah juga di blog saudari. Sangat menarik🙂

    sitinurulhawa,

    Hehee..sememangnya tidak puas untuk menghadam isi buku tersebut. Semoga kembara ustaz di Turki dibukukan pula untuk PBAKL tahun hadapan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s