Terjemahan di Malaysia

Teringat lagi pada suatu masa ketika menuntut di UPSI dahulu, saya telah meminjam sebuah novel terjemahan The Da Vinci Code. Sebelum membaca novel ini, saya sudah pun menonton DVD filemnya di komputer peribadi. Walau bagaimanapun, kesukaran untuk memahami dan menghayati filem tersebut membuatkan saya tidak teragak-agak untuk meminjam novelnya di perpustakaan Tuanku Bainun pada masa itu walaupun dalam beberapa hari peperiksaan semester bakal berlangsung.

Nikmat. Itulah bait kata yang paling sesuai untuk saya gambarkan apabila usai membaca novel terjemahan dalam Bahasa Indonesia tersebut. Nyata sekali, menguliti novelnya lebih enak berbanding menonton filemnya. Pada waktu itu, saya terfikir bagaimana negara Indonesia begitu maju dalam industri penterjemahan berbanding Malaysia. Memang diakui, begitu sukar untuk menemukan karya-karya Barat yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Sememangnya, bahasa Indonesia memonopoli karya terjemahan di kedai-kedai mahupun perpustakaan negara ini.

Namun begitu, kini beberapa badan mahupun syarikat sudah mula mengorak langkah proaktif dalam industri penterjemahan misalnya, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan PTS Publications Sdn. Bhd. Sebelum diserahkan kepada ITNM pada tahun 1993, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi amanah untuk menguruskan hal-hal urusan terjemahan negara.

Sebenarnya, aktiviti penterjemahan sangat penting dalam membina dan membangunkan pemikiran minda rakyat. Berdasarkan sejarah, para ilmuwan Islam begitu aktif dalam menterjemahkan karya-karya ilmu dari bahasa Greek dan Yunani termasuk berkenaan sains dan teknologi. Sehubungan itu, ilmuwan Islam menemukan banyak perkara yang bermanfaat dan berguna sehingga negara Islam telah mencapai kegemilangan dalam tamadunnya kesan daripada kekayaan ilmu di kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Siapa yang tidak mengenali Khwarizmi, Al-Biruni, Ibn Sina dan tokoh-tokoh lain. Kehebatan penemuan mereka kini telah dimajukan pula bangsa Barat yang menterjemahkan karya-karya Arab kepada bahasa mereka sehingga umat Islam kehilangan hak mengembalikan kecemerlangannya dalam penemuan-penemuan yang penting.

Negara kita masih ketinggalan jauh dalam bidang penterjemahan ini jika dibandingkan negara jiran terutamanya Indonesia. Menurut Rejab F.I, sebuah buku baru yang diterbitkan di negara misalnya novel yang memenangi Hadiah Sastera My Name is Red (Namaku Merah Kirmizi) karya Orhan Pamuk, cuma dalam masa sebulan telah diterjemah dan diterbitkan di Indonesia. Di bandar-bandar utama seperti Jakarta, Surabaya, Medan, Bukit Tinggi, Ujung Padang terdapat toko buku yang besar, bertingkat-tingkat, khususnya Gramedia, memenuhi sekian banyak buku dalam segala bidang. Sebahagian besarnya adalah buku-buku dalam bahasa Indonesia sama ada karya asli atau terjemahan.

Berbanding Malaysia, semenjak ditubuhkan 14 tahun dahulu, ITNM hanya mampu menerbitkan buku terjemahan sebanyak 154 tajuk sahaja. Betapa kecil dan kerdilnya industri terjemahan negara dan ini telah menjadi bukti mengapa rakyat kita tidak membangun dan berada di takuk minda kelas ketiga walaupun kemajuan negara sudah jauh ke depan.

Jeniri Amir pula mengatakan tanpa penterjemahan, sesebuah kumpulan etnik dan negara akan terpulau dalam dunianya sendiri, sedangkan dalam zaman globalisasi, itu adalah sesuatu yang mustahil. Terjemahan dapat merapatkan jurang pemisah dan merungkaikan tembok perbezaan, dan melaluinya, kita akan dapat membina persefahaman. Sesungguhnya, bidang penterjemahan mampu memperkayakan dan membangunkan pengkorpusan bahasa Melayu di negara kita. Oleh yang demikian, segala ilmu yang penting cepat difahami dan berkesan untuk ditanam dalam minda masyarakat kita.

Bahawasanya, buku itu diibaratkan sebuah mata air yang tidak pernah kering. Kisah-kisah dan ilmu daripadanya sentiasa mengalir, memberikan kesegaran, menghilangkan kehausan dan memberikan satu inspirasi yang baru dalam perspektif kehidupan manusia. Maka, bidang penterjemahan sangat penting dalam melaksanakan misi ini agar rakyat Malaysia tidak ketinggalan dan ketandusan ilmu.

p/s sedang mengeluti novel terjemahan Bahasa Indoensia Dan Brown “Malaikat dan Iblis” (Angels and Demons)

Advertisements

7 thoughts on “Terjemahan di Malaysia

  1. pernah singgah ke Gramedia minggu lalu ketika berkunjung ke Bali. Memang banyak buku terjemahan di situ. Tak ada satu pun buku bahasa inggeris..

    seorang kawan telah berjaya menghabiskan hampir RM300 memborong buku-buku di Gramedia ni. Kebanyakannya adalah karya penulis Indonesia yang sukar untuk didapatkan di Malaysia. Kalau ada pun harganya mungkin 3 kali ganda dari harga di Indonesia. Tersenyum lebar kawan itu menatap koleksinya………..

  2. Cik Sengal,

    Alahai..terasa cemburunya dengan negara jiran kan.

    Sitinurulhawa,

    Saling berkenalan dengan cik sengal gamaknya :))

  3. Sitinurulhawa,

    Haha..dekat sekali orangnya. Bertuah sekali kak siti dapat berkembara ke Bali serta mendapatkan buku-buku yang murah di sana 🙂

  4. Anuar Manshor,

    Terima kasih atas perhatian dan teguran daripada saudara. Mohon maaf atas kesilapan maklumat yang saya telah nukilkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s