Ke mana arah tuju..

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah termaktub bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Ini bermakna bahasa Melayu dijadikan simbol komunikasi untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum. Ternyata, semangat juang para pejuang bahasa pada zaman kemerdekaan dahulu berjaya membuahkan hasil yang sungguh bermakna sekali pada masa sekarang. Namun, kini sudah terdapat ura-ura di mana bahasa Melayu sudah semakin tergugat fungsinya dalam sistem pendidikan negara. Itu sekarang. Bagaimana dengan masa depan bahasa kebangsaan kita ini?

Tempoh hari di Melaka, saya berkesempatan menaiki roda besar ‘Eye On Malaysia’ dan pada masa yang sama seorang ibu berbangsa Melayu bersama dua anak perempuannya dengan berpakaian kebaratan  berada dalam satu ‘balang’ yang sama. Malangnya, setiap butir bicara mereka hanya mengungkapkan bahasa Inggeris sahaja. Kalau begini caranya, memang tidak mustahil jika PPSMI itu cukup berkesan dilaksanakan di bandar dan di kota.

Saya baru sahaja melangsaikan penyemakan kertas jawapan karangan peperiksaan para pelajar. Daripada pengamatan saya, pelajar berbangsa Cina mempunyai penulisan yang sangat bagus berbanding pelajar berbangsa Melayu dan Bumiputera. Kenapa hal ini berlaku? Karangan mereka bisa mengemukakan isi yang padat dan matang beserta contoh yang sepadan. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina adalah amat baik sekali. Nyata, bahasa Melayu telah mencapai kejayaan dalam menyampaikan ilmu kepada pelbagai bangsa di negara kita. Mengapakah kita masih mengagungkan bahasa Inggeris itu untuk mengajar subjek kritikal yang sememangnya mencetuskan keparahan kepada nasib pelajar di luar bandar.

Sedia maklum, pelajar di luar bandar hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika kelas bahasa itu sahaja. Berbunyi sahaja loceng, para pelajar ini seperti biasa bercakap dan berbual dalam bahasa mereka sendiri sama ada dialek Melayu kenegerian, bahasa kadazan, bahasa iban, bahasa bidayuh dan pelbagai lagi. Bila lagi mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?

Sememangnya, bahasa Inggeris itu amat penting dalam kehidupan globalisasi kini. Ia menjadi bahasa komunikasi dalam urusan dengan dunia luar. Namun, jangan dikorbankan bahasa ibunda untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Yang perlu diperbetulkan adalah teknik dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Daripada Tadika sehinggalah ke universiti, pelajar disogokkan perkara dan ilmu yang sama iaitu berkenaan dengan tenses, writing essay dan speaking. Kenapa benda yang sama diajar selama sekian tahun ini masih gagal melahirkan anak bangsa yang fasih berbahasa Inggeris? Sudah semestinya ada kelemahan dan kekurangan di situ. Maka, sebagai membuka mata.. perbetulkan yang ini. Perbetulkan dari A-Z. Jangan memperkudakan nasib anak bangsa yang menjadi mangsa keadaan. Sekarang, masalah sosial remaja sudah semakin menjadi-jadi. Salah satu puncanya perkara inilah. Pelajar sudah hilang semangat untuk menuntut ilmu yang mereka sukar untuk fahami.

Harapan di akhirnya, agar bahasa Melayu kembali menjadi bahasa yang agung sebagaimana zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

6 thoughts on “Ke mana arah tuju..

  1. kemana arah tuju? jangan sampai masuk ke jamban atau longkang…(maaf terlampau kasar!)
    kalau di ikutkan masalah penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris ni sudah banyak kali ada perubahan, pada zaman Anwar -era 90an. Pendekatan bahasa malaysia pula diwujudkan bahasa baku. Kalau diikutkan bahasa baku ni ialah bahasa indonesia, cuba buka TVRI atau stesen TV indonesia dengarkan betul2 penyembutan dan intonasi dari pembaca berita…sama atau tidak? Bahasa Melayu…rasanya saya mengaku saya tidak arif bahasa jawi, disebabkan politik dalam pendidikan. Kepada siapa yang tinggal diera 80an 90an hingga boleh lihat sendiri bagaimana perubahan pendidikan yang bagi saya membantutkan tahap pendidikan negara….satu lagi nak kata la kan banyak2 makmal komputer sekolah boleh kira tidak yang mana guna windows 98 dan windows XP tidak pun window 3.11..

    RAFIQKIE

  2. Rafiqkie,

    Salam. Ya, saya pernah menonton siaran televisyen dari Indonesia melalui pancaran parabola. Sememangnya Indonesia telah berjaya memartabatkan bahasa ibunda mereka. Buktinya kebanyakan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama bisa berkomunikasi dengan bahasa Indonesia dengan begitu baik sekali.

    Berkenaan sistem pendidikan negara, sememangnya pelbagai perubahan dilakukan atas perkembangan dunia semasa. Ada ketika ia memberikan kejayaan, namun kekadang ada yang tersilap langkah.

  3. sekarang pula PSMI akan dimansuhkan pada 2012, macam mana pula anak2 atau adik2 tahun 2013? tahap akademi merudum…tahap penguasaan bahasa inggeris x akan maju…cuba lihat perkembangan akademik luar bandar dengan bandar, sekolah bestari dengan bukan bestari, kekuatan guru pendidik dalam setiap sekolah…adakah pencapaian bahasa melayu (malaysia) ini membanggakan? tidak sama sekali…sepertiimana dalam buku karya Tun Mahatir ‘Dilema Melayu’ permasalahan bangsa melayu adalah kelompok masyarakat yang masih ditahap lama -lemah, tidak dapat menerima perubahan dan terkongkong dalam satu kaum itu sahaja. itu yang buatkan kita ini lemah…bila lagi nak dapat suara2 kebenaran yang memperjuangkan bahasa sedangkan mereka2 yang memperjuangkan ini cuma nak dapat imbuhan atau kepentingan poket mereka sahaja!!! bahasa mewujudkan bangsa tapi sayangnya kata2 itu telah hilang dari mentaliti masyarakat. Cuba lihat dialog Tan Sri P. Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok yang mana Shamsudin pergi berjumpa Singh (security guard) …jadinya…refleksi ini juga wujud sehingga sekarang…

  4. Rafiqkie,

    Salam. Sepatutnya, PPSMI harus dimansuhkan sekaligus pada tahun hadapan. Itu yang terbaik sebenarnya. Agar kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran berkenaan dapat ditingkatkan segera sekarang. Tapi, kita bersyukur kerana suara rakyat akhirnya dapat mengalahkan suara pimpinan atasan yang ingkar menyokong dasar PPSMI ini.

    Berkenaan bahasa Melayu, bahawa apa yang berlaku bahasa ibunda ini sudah semakin dipinggirkan. Lihat betapa lemahnya penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu sendiri khususnya melalui program hiburan di televisyen. Apatah lagi di kalangan orang bukan Melayu walaupun bukan kesemuanya sekaligus. Tidak lupa juga kepada sistem pendidikan negara kita sekali lagi, bagaimana subjek Kesusasteraan Melayu menjadi pilihan terakhir pelajar dan kebiasaannya subjek ini ditawarkan kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seolah-olah merendahkan status bidang kesusasteraan yang mempunyai potensi tinggi bagi melahirkan lebih ramai penulis muda dalam bidang linguistik dan sastera negara.

    Ini lah beberapa masalah yang perlu ditangani dengan bijak dan berhemah oleh kepimpinan negara jika ingin masih melihat kelangsungan bahasa Melayu di persada dunia.

  5. mesejabdul,
    salam, selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 52…(maaf lewat! tapi kita masih lagi dalam hari2 kemerdekaan kerana penutupnya 16 sept)

    berkenaan bahasa melayu / bahasa malaysia…kalau difikirkan dan dikaji dengan teliti saya termalu juga bila tengok saluran astro; AKSARA. Bukan apa prof. dan pengkaji dunia melayu ini fasih berbahasa melayu! kalau tidak silap ada yang boleh baca bahasa jawi..apa yang saya dapat dari menonton program AKSARA tu cukup menarik! sebelum bahasa jawi ia dipanggil bahasa kawi (lebih kepada bahasa sanskrit) contohnya bahasa jawa .Bahasa jawi pula adalah translasi bahasa arab, parsi & urdu..

    bagi dunia luar saya rasa bahasa melayu ini tidak susah hendak dipelajari, cuma mengambil masa setahun itu pun dari kalangan yang selalu mendekati masyarakat setempat seperti pendatang luar (asing) datang ke negara. Ada rakan dari Bangladesh boleh fasih berbahasa melayu, sebabnya dia selalu bergaul dengan kelompok rakan-rakan melayu hingga kita dia tidak kekok untuk menjadi jurubahasa kepada kami! maklumlah rakan-rakan berniaga gerai burger tepi jalan dibandar sungai petani jadi saya tidak terkecuali untuk bergaul & bermesra demi pelanggan.

    Oh ya! saya hendak bertanya tahukah anda siapakah dan bilakah kelas bahasa melayu diBejing China..cari dan renungkan sejenak…jumpa lagi dan a’kum!

  6. rafiqkie,

    Salam. Besok (16/9) adalah tarikh bersejarah bagi negeri Sabah dan Sarawak yang bakal menyambut ulang tahun kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu sekaligus membentuk nama Malaysia sehingga ke hari ini.

    Sungguh..sebenarnya ramai orang luar yang berkemampuan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali. Saya pernah sekali melihat satu rancangan di National Geographic di mana dua orang pensyarah barat yang membuat kajian berkenaan Melaka (kalau tak silap..kurang ingat), mereka boleh berbicara dalam bahasa Melayu. Apabila melihatnya, terasa begitu kagum dengan kebolehan mereka. Timbul satu perasaan bangga apabila bangsa asing bercakap dengan bahasa kita. Sememangnya, bahasa Melayu mempunyai potensi untuk berkembang menjadi bahasa antarabangsa jika diperluaskan pengaruhnya.

    Saya hanya pernah terbaca bahasa Melayu sudah menapak di Beijing sejak tahun 1962 lagi apabila sebuah universiti di sana menawarkan pengajian melayu kepada masyarakat Cina. Tidak tahu adakah betul maklumat ini. Jika saudara mempunyai pandangan yang lebih tepat harap dapat dikongsikan bersama🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s