Dua minggu di bumi seberang

Malam semalam dengan menaiki pesawat AirAsia AK5198 bagi penerbangan dari KL-Sibu, saya selamat kembali ke kampung halaman pada pukul9 malam. Kepulangan malam itu disambut dengan pemeriksaan kesihatan di terminal sebagai langkah awal pencegahan penyakit H1N1 yang sudah mencapai angka 12 orang mangsa rakyat Malaysia.

Apa yang lebih penting, saya memanjat kesyukuran apabila majlis persandingan usai dengan selamatnya pada 06.06.09 lepas. Kehadiran sanak saudara dan rakan taulan nyata memeriahkan lagi majlis tersebut. Sepanjang dua minggu di sana, pelbagai kegiatan dilakukan bagi mengisi masa terluang secara bersama. Kesempatan yang ada digunakan untuk mengambil angin di Mines  Resort City menaiki bot membelah tasik bersama isteri dan pasangan Kak Aja serta suami.

Bertuah pada masa yang sama, saya berkesempatan untuk mendengar kuliah maghrib oleh Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir di surau SS4B/16 Kelana Jaya. Bagi para pembaca buku-buku agama, pasti tidak asing untuk mengenali beliau yang terkenal dengan beberapa buah buku antaranya Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Solat tetapi anda malu bertanya.. Untuk mengenali dengan lebih dekat boleh sahaja berkunjung ke blog beliau (nidzam kadir).

Sabtu lepas, saya bersama keluarga sebelah isteri berziarah selama 3 hari di Klebang, Melaka yakni kampung halaman isteri. Kedamaian dan ketenangan daripada suasana hiruk pikuk kota Kuala Lumpur nyata begitu nyaman sekali. Kunjungan ke Melaka telah melihat pembangunan yang pesat dengan perubahan yang begitu ketara sekali. Tarikan tapak warisan sejarah telah menjadikan bandar Melaka sebagai kota pelancongan. Pada malam Sabtu, saya dan isteri berkesempatan melawat Eye On Malaysia yang sebelum ini telah bermukim di Tasik Titiwangsa. Suasana malam di sana amat indah.

Namun, diingatkan kepada pihak Majlis Bandar Melaka agar memasang lebih banyak papan tanda untuk ke destinasi berkenaan kerana pengalaman kami yang berpusing-pusing mencari jalan terutamanya di simpang-simpang jalan. Walau bagaimanapun, akhirnya saat manis dan indah bersama isteri untuk menaiki roda berskala besar itu tercapai jua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s