Buku lagi..

Kepergian saya ke rumah isteri selama dua minggu membuatkan saya tidak terkawal untuk mendapatkan buku-buku yang menarik. Sepanjang tempoh itu, saya telah mengusaikan tiga buah buku yang dibeli oleh isteri ketika PBAKL09 dulu. Buku-buku tersebut adalah Hikmah Hati (Maszlee Malik), Bidadari dari Timur (Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri) dan Tuhan Manusia (Faisal Tehrani). Tuhan Manusia adalah buku yang paling lama saya untuk habiskan berbanding yang duanya. Namun, seperti biasa kepuasan dalam diri tercerna hasil karya FT yang penuh dengan ilmu dan fakta membincangkan mengenai murtad dan fahaman pluralisme di kalangan masyarakat.

Di sana, tanpa membuang masa saya ditemani isteri singgah ke kedai-kedai buku di Jalan TAR. Di Pustaka Mukmin, saya hanya sempat untuk menyambar beberapa buah buku. Antaranya ialah;

1. Ke Luar Jendela (Dato Hassan Ahmad),

2. Kesan Dosa Dalam Hidup (Ibnu Qayyim),

3. Mahabbah (Shahnon Ahmad),

4. Rawa (Isa Kamari),

5. Indahnya Hidup Bersyariat (Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid)

6. Solat dan Keajaibannya (Dato’ Ishak Baharom dan Azrul Hakim Suradi)

Pada hari kepulangan sebelum keberangkatan pula, di kedai buku Lcct saya telah melihat buku yang selama ini cari-carikan dan tanpa membuang masa untuk membelinya. Bukunya adalah The Diary of A Young Girl tulisan Anne Frank. Saya mengenali buku ini melalui filem Freedom Writers yang sudah pun saya bicarakan di sini. Buku ini telah mengubah paradigma remaja dalam filem tersebut berkenaan soal kehidupan. Sebuah lagi buku adalah bertajuk My Name Is Red karya Orhan Pamuk. Ini adalah buku tulisan Orhan Pamuk saya pertama kali perolehi. Saya mengenali buku ini melalui komen di buku ria yakni kepunyaan Najibah. Tak ketinggalan daripada bicara Tok Mudin.

Kini, buku-buku sudah mula memenuhi rak buku dan tidak tahu bilakah masa untuk mengusaikan kesemuanya. Harapan diizinkan memiliki masa yang terluang di samping tugasan sekolah yang semakin memerlukan komitmen tinggi kerana tarikh peperiksaan yang sudah semakin mendekat pada anak didik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s