Hikmah Hati

HIKMAH_HATIAlhamdulilah..saya kini sudah selamat berada di seberang bersama isteri tersayang menikmati cuti sekolah selama 2 minggu. Rasa lama benar sudah tidak menitipkan resensi buku yang telah dibaca.

Pada dua hari yang lepas, saya baru sahaja usai menghayati karya Maszlee Malik bertajuk Hikmah Hati. Pembacaan bermula di langit biru Sabtu lepas bagi penerbangan Sibu-KL. Ternyata, ia sebuah novel yang enak dan lazat untuk dihadam. Dasar isinya membicarakan penyampaian soal keTuhanan sebenar namun telah ditentang dan dimanipulasikan oleh Shah yakni raja kerajaan Himyar yang mengisytiharkannya sebagai jelmaan Tuhan. Oleh itu, rakyat di bawah jagaannya harus menyembah diri baginda.

Namun, di bumi Aden terdapat seorang remaja yang dikenali sebagai Ghulam. Ghulam merupakan anak yatim piatu yang tinggal bersama ibunya. Sebagai sumber pendapatan, Ghulam berkerja di kilang kaca dan setiap hari hatinya sentiasa dihiburkan dengan cerita Ma’di al-Najjar yang buta. Tarikan kata-kata yang disampaikan oleh si Ma’di ini nyata menambat ramai telinga sehingga beliau dihadiahi dengan pelbagai barangan terutama makanan  sebagai ganjaran.

Pada suatu hari, Shaylam iaitu ahli sihir istana Shah gering dan semakin tua. Sehubungan itu, kerajaan Shah membuat pengisytiharan untuk memilih kanak-kanak Bani Israel yang cerdik sebagai pengganti Shaylam. Suatu pertandingan telah diadakan dan akhirnya Ghulam berjaya memenanginya. Kemenangan Ghulam telah mengembirakan hati ibunya, Maisarah kerana sebagai ahli sihir istana, mereka akan dilimpahi dengan kekayaan, kesenangan dan tinggi darjatnya di sisi masyarakat.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke istana pada hari pertama Ghulam bertugas, beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki. Kehebatan butir bicara lelaki ini dalam menyampaikan soal kebenaran Tuhan telah membuatkan Ghulam tertarik hati sekaligus minatnya untuk menjadi ahli sihir istana semakin berkurangan. Pengaruh lelaki tersebut nyata sekali mengubah paradigma Ghulam mengenai soal kehidupan duniawi dan diperkenalkan kehebatan hidup di akhirat. Ghulam juga mula mengenali siapakah Tuhan yang sepatutnya disembah oleh manusia. Kesedaran ini  telah digunakan oleh Ghulam untuk menyampaikan ajaran sebenar kepada masyarakat bahawa ada yang lebih Maha Berkuasa berbanding Shah, raja kerajaan Himyar.

Maka, perubahan dalam diri Ghulam telah membibitkan perasaan kurang senang golongan istana yang dipimpin oleh Shah. Apakah nasib bakal dihadapi oleh Ghulam? Mampukah kebenaran yang disampaikan mengajak masyarakat kembali ke jalan yang benar? Sesungguhnya, novel ini meletakkan dasar dakwah sebagai medium utama kepada pembaca. Penggunaan beberapa perkataan bahasa Ibrani telah menjadikan karya ini betul-betul hidup. Tuntasnya, tidak rugi memiliki novel ini. Ia bukan sahaja memberi santapan kepada minda malahan kepada rohani pembaca.

Penerbit  : ALAF 21

Harga : RM10.00 (Semenanjung Msia)/RM13.00 (Sabah&Swak)

Penulis : Maszlee Malik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s