Siapakah Jaguh Eropah 2009

Malam ini sudah pasti peminat bola bersengkang mata untuk menonton siaran langsung Kejuaraan Liga Eropah yang membabitkan pertempuran dua gergasi agung dunia iaitu Manchester United menentang Barcelona.

Di bumi Rom, satu lagi sejarah bakaltercatat selaku juara Piala Eropah bagi perlawanan ini nanti. Restoran dan gerai-gerai makan sudah pasti dipenuhi oleh golongan ini pada lewat malam ini untuk menyokong pasukan masing-masing. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, agaknya isteri tidur bertemankan bantal jika si suami dalam kategori kaki tengok bola walaupun berkaki bangku. Sesungguhnya, perlawanan ini juga menjadi medan terakhir untuk liga-liga Eropah pada tahun 2009. Kini, kebanyakan liga Eropah sudah menutup tirai kejohanan minggu lalu.

Begitulah hebatnya penangan bola sepak Eropah kepada rakyat Malaysia. Setiap orang memiliki pasukan kegemaran tersendiri. Keadaan ini membuktikan bahawa liga luar Malaysia mempunyai pengaruh yang cukup besar. Kejayaan pemasaran liga mereka nyata memikat peminat bola di seluruh dunia. Berbanding dengan liga tempatan negara kita yang kaku dan dingin sekali. Sekarang, sudah ramai yang tidak mengenali pemain-pemain tempatan kerana sudah dihiburkan dengan aksi bintang luar yang lebih pantas dan mengamalkan permainan yang tersusun serta rancak.

Seharusnya, mutu Liga Malaysia perlu dipertingkatkan lagi. Sistem pemasaran mesti dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk menarik lebih ramai syarikat membuat penajaan. Mutu padang di setiap padang perlu diperbaiki dan lebih bagus jika menggunakan rumput sintetik. Penggunaan rumput moden sebegini akan menjanjikan bola bergerak lebih pantas di atas padang sehingga menguji keupayaan sebenar pemain mengawal bola.

Lihat sahaja Liga Jepun bagaimana kelab-kelab yang ada sudah kelihatan sepertimana kelab-kelab di Eropah dari segi kemudahan, mutu padang, corak permainan dan jersi pasukan yang mempunyai identiti tersendiri walaupun berlainan penaja setiap tahun. Sepatutnya Liga Jepun menjadi contoh paling dekat untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Ingin juga melihat kemeriahan Liga Malaysia sebagaimana Eropah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s