Terima Kasih Cikgu..

Masa begitu cemburu sejak belakangan ini sehingga tidak berkesempatan menitipkan sebarang perkembangan terbaru. Justeru, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia.

Sesungguhnya, kita sebagai rakyat Malaysia begitu bertuah kerana diberi kesempatan untuk meraikan guru dan bekas guru yang telah berkorban menjadikan diri kita insan berilmu pada 16 Mei setiap tahun. Dan ini begitu asing di negara-negara lain kerana tiada hari istimewa diraikan terhadap para guru sebagaimana negara kita.

Pada tahun ini, tema hari guru peringkat kebangsaan adalah “Guru Pembina Negara Bangsa” yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran baharu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin di Terengganu Sabtu lepas. Selaras dengan teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa, semoga kita dapat melahirkan generasi yang dinamik dan mempunyai semangat cintakan negara serta bersatu padu di antara semua kaum. Pelbagai langkah dan insensif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan teras pertama ini tercapai.

Konvokesyen UPSI 2008

Kenangan di hadapan Bangunan Suluh Budiman, UPSI

Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru yang telah mendidik dan memberikan ilmu berguna sehingga saya berjaya dalam bidang yang diceburi sekarang. Terutamanya kepada Cikgu Norazman Mohammad yang banyak membantu dan mengubah diri saya daripada zero kepada hero dalam kehidupan. Betapa besar pengorbanan beliau demi kejayaan saya dalam matapelajaran Matematik pada masa itu. Hanya doa yang mengiringi beliau yang kini berada di tanah kelahiran, Pulau Pinang agar sihat sejahtera di samping isteri dan anak-anak.

Tidak dilupai para pendidik di UPSI dahulu yang berperanan memgubah paradigma saya dalam kehidupan agar terus menjayakan diri dalam melayani rencah kehidupan sebagai seorang pendidik. Alhamdulilah, saya diberi kesempatan dan peluang mendapat tunjuk ajar daripada tokoh ilmuwan terutamanya Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood bagi kursus Bahasa Melayu Tinggi pada semester dua. Beliau seorang agak lucu dan sering mencetuskan humor sepanjang proses P&P dalam kelas namun begitu berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik sehingga membuatkan diri betul-betul memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari sehingga kini. Selain itu, Prof. N.S. Rajendran juga insan yang begitu berpengaruh dalam diri saya di mana beliau sentiasa membugar pemikiran dan jiwa pelajar melalui kursus Kemahiran Berfikir.

Semoga para pendidik yang telah muncul dalam hidup sepanjang saya menuntut ilmu dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t.

Terima Kasih Cikgu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s