Selamat Hari Ibu

Hari Ibu

Sembilan bulan dalam kandungan ibu. Ibu tidak pernah mengeluh. Ibu amat cekal walaupun pada ketika itu hidup amat perit sekali diulit dengan serba kekurangan. Namun akhirnya, 14 September 1984 lahirnya seorang bayi lelaki ke dunia ini. Betapa gembira hati ibu dan ayah memperolehi cahaya mata mereka buat kali yang ketiga.

Kini, setelah 25 tahun berlalu permata mereka ini sudah mampu berdiri sendiri menangani kehidupan. Betapa besarnya pengorbanan ibu selama ini menguruskan kehidupan kami sekeluarga agar semua dalam keadaan baik dan selamat. Setiap menjelang peperiksaan, ibulah insan yang paling risau. Begitu juga apabila kami adik beradik dilanda kesakitan. Ibu mengambil berat segala pemakanan dan rawatan anak-anaknya. Betapa jasa dan perjuangan ibu tidak bisa dibalas dengan seberapa banyak material pun. Hanya kasih sayang dan kesedaran tanggung jawab sebagai seorang anak yang boleh menggembirakan hatinya.

Malam ini, kami adik beradik membuat pakatan untuk memberikan kejutan bagi menggembirakan hati ibu agar ia terus tersemat dalam sanubarinya.

Selamat Hari Ibu

Advertisements

4 thoughts on “Selamat Hari Ibu

  1. Rozlan Mohamed Noor,

    Sesungguhnya, syurga itu berada di telapak kaki ibu. Maka, sangat wajar bagi setiap anak-anak membalas jasa dan pengorbanan ibu yang bersusah payah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita selama ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s