Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

Agak lambat untuk saya memperolehi buku ini kerana sukar untuk mendapatkannya di kedai-kedai yang berdekatan. Namun, peluang ketika berada di Kuala Lumpur pada Mac yang lalu dimanfaatkan sepenuhnya dan akhirnya ia berada dalam genggaman juga walaupun dengan edisi jimat.

Saya begitu tertarik untuk mendapatkan buku ini atas ketakjuban sambutannya yang begitu menggalakkan di pasaran sehingga ia terjual lebih 10,000 dalam tempoh 6 bulan. Selepas membaca dan mengulitnya, baru saya faham dan mengerti kenapa buku ini menjadi bestseller di pasaran. Satu nikmat dan bersyukur kerana menjadi salah seorang memiliki buku ini. Nyata sekali, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman tulisan pengalaman daripada Prof. Muhd Kamil Ibrahim ini harus dimiliki semua orang.

Ia mengisahkan bagaimana daripada seorang individu yang serba kekurangan ilmu agamanya namun dengan berkat doa berubah kepada seorang insan yang berpegang kuat pada agama. Di permulaan dan akhir buku, penulis mengingatkan bahawa segala apa yang diceritakan adalah semata-mata bukan untuk membuka pengkung di dada, riyak atau membanggakan diri namun adalah demi untuk menyampaikan dakwah bahawa ibadat haji memberi pengajaran dan bukti Allah s.w.t sentiasa mendengar doa hambanya yang memerlukan pertolongan. Allah itu Maha Membantu.

Segala peristiwa dan apa yang berlaku sepanjang perjalanan dan kegiatan penulis diceritakan dimulai sebelum mengerjakan haji, ketika haji dan selepas haji. Nyata sekali, ia menyentuh emosi pembaca apabila membayangkan diri berdiri di tempat sebagaimana penulis. Tetapi yang paling menyentuh hati saya menerusi novel ini sebagai iktibar adalah bagaimana golongan yang mengambil ringan mengenai ibadat haji dengan hanya berehat-rehat, tidur, membeli belah dan tidak memanfaatkan peluang yang ada untuk beribadat sepenuhnya ketika berada di Tanah Suci.

Yang pasti, dapat dilihat bagaimana hikmah yang berlaku meletakkan penulis di tempat istimewa oleh Allah s.w.t dengan mendapat kesenangan ketika mengerjakan haji. Ini adalah akibat keberkatan usaha untuk berdoa sepenuh hati kepada-Nya. Sesungguhnya, travelog ini harus dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira yang sudah bergelar haji mahupun yang bakal mengerjakan haji. Ia sebuah buku yang dikategorikan sebagai dakwah yang amat sempurna bagi mendapatkan keredhaan-Nya.

4 thoughts on “Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman

  1. Saya baru membaca sebahagian. Buku ini dibelikan untuk Umi.

    Apa yang membuat saya rasa terkilan, ialah sikap golongan akademik yang sanggup memfitnah orang lain. Jika para ilmuwan bersikap begitu, entah bagaimana pulalah sifat anak didiknya nanti!

    Dan seperkara yang tidak terfikirkan oleh saya sebelum ini, betapa golongan yang kaya dan mewah pun belum tentu dapat menjadi tetamu Allah. Walaupun mereka berkemampuan melakukan haji, namun jika Allah tidak berkenan, memang tidak akan dapat jejakkan kaki langsung ke Tanah Haram. Subhanallah.

  2. Nana – Mungkin persepsi saudari agak berlainan agaknya. Bagi saya, tiada unsur fitnah dalam travelog ini sebaliknya penulis sempat berserah kepada-Nya apa yang tersirat di kalangan hati mereka yang berkenaan. Tapi itulah yang ditekankan di awal dan di akhir buku ini bahawa jangan tersilap tafsir jika kekadang terasa penulis membanggakan diri.

    Sememangnya, Dia Maha Berkuasa apa yang dihendaki-Nya.

  3. Oh, mungkin silap saya tidak menjelaskannya dengan lebih baik.

    Di awal buku ini, Prof Kamil menceritakan situasi semasa beliau baru saja dilantik menjadi profesor. Ada yang tidak menyenanginya (terutama yang tidak mendapat jawatan tersebut). Surat layang telah dihantar oleh entah siapa, di antaranya memfitnah Prof (dan juga rakan akademik lain yang mendapat jawatan profesor). Itulah yang mendukacitakan saya, yang saya maksudkan tentang fitnah di atas.

    Di UiTM, majoriti pensyarah adalah Melayu. Budaya surat layang ni, biasanya bangsa kita juga yang menukanginya. Adalah satu kerugian yang amat besar apabila bangsa sendiri mengkhianati rakan sebangsanya. Wallahu’alam.

  4. Nana – Saya memohon kemaafan jika tersilap mentafsir soalan Nana dan jawapannya yang tidak menepati kehendak saudari. Ia, sememangnya ia satu kerugian kepada kita sebagai umat yang seagama dan sebangsa. Namun, atas kedengkian dan kurang keimananlah yang mendorong kepada permasalahan ini dalam bangsa kita. Saya turut bersedih dan bersimpati kerana perkara ini masih berlarutan dalam masyarakat kita walaupun sudah diiktiraf sebagai para ilmuwan dan intelektual.

    Sebagai Muslim, golongan sebegini seharusnya menghayati pengertian Islam iaitu kesejahteraan. Kesejahteraan bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk orang lain juga dengan tidak mencabuli hak mereka, tidak mengata dan memburuk-burukkan mereka. Beringatlah bahawa memfitnah itu lebih bahaya dan kejam daripada perbuatan membunuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s