Kebersihan Diri

Dalam agama Islam, umatnya ditekankan dengan pentingnya penjagaan kebersihan diri dan sekelilingnya. Ia bertujuan untuk mengelakkan manusia daripada dijangkiti oleh penyakit. Itulah yang dapat kita lihat bagaimana budaya orang Melayu pada suatu ketika dulu, sebelum naik rumah ia harus membersihkan kaki terlebih dahulu dengan air tempayan berdekatan dengan pintu. Tambahan lagi, sebelum menikmati makanan, masyarakat Melayu juga diterapkan dengan budaya membasuh tangan sebelum menikmati makanan yang terhidang. Semua ini menunjukkan bahawa kebersihan itu amat penting dalam kehidupan.

Sekarang kita sedang dihebohkan dengan satu lagi wabak penyakit yang telah meragut ramai nyawa iaitu Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi. Wabak penyakit ini telah tercetus di Mexico kemudian diikuti Amerika Syarikat dan Kanada. Walau bagaimanapun, kini ia sudah semakin merebak ke negara-negara lain seperti Ghana, Korea Selatan dan Hong Kong. Virus ini telah dikenalpasti berpunca daripada virus yang disebarkan oleh khinzir. Apa yang kita ketahui, penternakan khinzir ini sinonim dengan kekotoran dan kejijikan. Dulu kita pernah menghadapi bagaimana khinzir di Malaysia dibasmikan secara besar-besaran akibat menularnya penyakit Japanese Encephalitis (JE). Kini, ia menjelma lagi daripada haiwan yang sama dengan nama penyakit yang berlainan pula.

Ini terbukti apabila salah seorang budak lelaki di Mexico yang terselamat daripada virus tersebut walaupun seluruh penduduk kampung maut dijangkiti atas dasar dia gemar mencuci tangan yang kotor selepas bermain. Lanjut boleh lihat di sini. Ini menunjukkan bagaimana kebersihan diri yang sempurna memainkan peranan penting dalam kelangsungan kehidupan.

Sehubungan itu, terapkan ilmu berkenaan penjagaan kebersihan di kalangan anak-anak dengan ibu bapa menjadi suri teladan kepada mereka agar bersama-sama bertanggungjawab membersihkan diri dari segi jasmani malahan dari sudut rohani juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s