‘Trailer’ terbaru..

Sudah tidak sabar.

Tidak sabar untuk menunggu kemunculan filem KCB.

Bakal ditayangkan di Indonesia pada 11 Jun 2009. (bila pula di Malaysia?)

Bagi yang masih belum sempat membaca novelnya, usahakan sebelum penayangan filemnya.

Advertisements

2 thoughts on “‘Trailer’ terbaru..

  1. assalamulaikum!
    selalunya setiap yang tertulis dalam novel x sama dengan penayangan filem, contohnya Harry Potter. Ada plotnya diambil bersesuaian dengan efek sesuatu filem dan ceritanya kadang kala x sangkut paut dengan cerita sama sekali. Kita telah kehilangan pengarah tersohor Yasmin Ahmad…mana tidaknya kita kena tunggu 30 tahun semula untuk lihat kehebatan karya yang lebih bercirikan filem malaysia. Berkenaan filem KCB, sebelum ini filem dakwah kurang sambutan dimalaysia hairannya filem dakwah dari seberang pula mendapat sambutan dimalaysia…trend ini kalau dimatikan cukup rumit…filem melayu adalah filem yang menipu dan sarat dengan masalah dan dilema melayu yang tidak berkesudahan…bila lagi kita hendak melihat karya yang tidak diciplak dari luar?? keaslian perlu ada…cuba renung sejenak, filem orang asli koga ini seumpama mengejek golongan orang asli (pribumi) sedangkam mereka sekarang rasa belum lagi terkeluar menuntut hak sepertimana orang aborigin Australia berjuang menuntut hak sehingga sekarang dari tanah sehinggalah lukisan hidupan pada lakaran seni.. dakwah pula jangan menyimpang dari ajaran alquran & hadis…ini kerana islam ialah mudah dan tidak yang memudaratkan sesama kita semuslim…assalamulaikum!

  2. Rafiqkie,

    Waalaikummusalam. Ya, saya setuju sangat jika hendak dibandingkan filem yang diadaptasikan tidak begitu bagus berbanding novelnya. Hampir kesemuanya begitu. Semua bergantung kepada kreativiti dan bakat yang terdapat pada seseorang pengarah filem tersebut. Sebenarnya, saya cemburu. Cemburu dengan pengeluar filem Indonesia yang gemar sekali menghasilkan filem adaptasi daripada novel. Ini satu fenomena yang bagus sekali dalam memperkembangkan bidang perfileman sekaligus bidang kesusasteraan dan perbukuan amnya. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan negara Malaysia yang gemar melahirkan filem ‘syok sendiri’ dan lebih mementingkan keuntungan diri semata-mata.

    Sememangnya, Malaysia memerlukan kelahiran seorang mastermind yang baharu sebagaimana lagenda Allahyarham P.Ramlee yang kini masih tidak jemu di mata penonton tidak kira usia walaupun peredaran zaman sudah begitu jauh berlalu meninggalkan kenangan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s