Jom sertai Malaysians@Goodreads

Malaysians@Goodreads

Sekadar membantu saudari Najibah selaku moderator bagi menyebarluaskan penyertaan masyarakat Malaysia yang cintakan ilmu dan buku melalui satu komuniti yang cukup menarik iaitu Malaysians@Goodreads.

Faedahnya melalui ruangan ini, para penggemar dan pembaca buku bisa berkenalan dengan ramai rakan-rakan mempunyai minat yang sama. Ruangan ini ternyata satu peluang yang sangat bagus untuk diluaskan penggunaannya di mana para ahli dapat bertukar-tukar pandangan mengenai sesebuah buku mahupun bahan bacaan yang masih asing bagi sesetengah individu sehingga mempengaruhi sama untuk mendapatkan serta menghayati isi bukunya.

Di samping itu, golongan ahli juga dapat mengetahui koleksi buku yang terdapat dalam simpanan rak ahli yang lain. Dan ini sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat ahli untuk membaca dengan lebih giat lagi dengan bahan-bahan bacaan yang lebih menarik dan bermutu.

Jom, mari kita bersama-sama mengaktifkan diri dengan kumpulan ini bagi memeriahkan lagi komuniti pembaca buku di Malaysia sekaligus memupuk diri mencintai buku dengan secara lebih mendalam.

Kunjungilah www.goodreads.com, dan cari kumpulan Malaysians@Goodreads. Jumpa di sana.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s