Jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh-tangguh

Sudah lama benar rasanya tidak berbicara mengenai buku yang telah dibaca. Ruang masa yang terhad dengan pelbagai aktiviti dan tugasan di sekolah membuatkan tidak berkesempatan untuk menitipkan resensi di ruang ini.

Mungkin sudah terlambat benar jika saya baru ingin meresensi salah satu buku yang cukup dikenali oleh para pencinta buku iaitu bertajuk AKu Terima Nikahnya (ATN) karya Ustaz Hasrizal Abd. Jamil yang popular dengan blognya saifulislam.com. Saya selaku pengunjung setia laman web beliau. Berdasarkan persepsi saya, buku ini amat tepat dan bersesuaian sekali ditujukan kepada remaja-remaja yang sedang hangat bercinta. Alhamdulilah, saya membeli buku ini tika saat sudah pun bergelar seorang suami. Nyata sekali, buku ini telah membuka minda dan jiwa saya akan tanggungjawab besar sebagai ketua rumahtangga.

Jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh-tangguh. Itu adalah bait-bait kata oleh penulis yang sentiasa muncul dalam buku ini sebagai peringatan kepada insan yang ingin membina mahligai istana. Melalui buku ini, penulis menceritakan pelbagai halangan dan rintangan yang beliau dan isteri hadapi dalam membesarkan anak-anak dan kebijaksanaan serta keikhlasan yang menjadi amalan membuatkan penulis tabah dan cekal dalam menguruskan bahtera rumahtangganya. Ia mengisahkan bagaimana saat-saat yang mereka hadapi ketika tinggal di luar negara dan di Malaysia. Melalui kisah ini, ia berjaya membuka mata kepada pembaca bahawa perkahwinan itu memerlukan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pasangan suami isteri agar bahtera yang dikemudi sentiasa berada di laluannya.

Penulis ketika pelancaran ATN di PBAKL 2008

Jelas sekali, nasihat dan pengalaman peribadi yang dinukilkan oleh penulis memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca sehingga merasai sama emosi yang dialami oleh penulis. Terkadang, pembaca dihiburkan dengan keletah anak-anak penulis sebagaimana melalui bab “Cerdik”,bukan Sang Kancil dan Abi Dinasour, Ummi Raksasa. Sebagai seorang suami isteri, mereka harus juga mengambil perspektif anak-anak ke atas mereka. Mungkin pandangan anak-anak berbeza dengan apa yang telah ibu bapa lakukan sehingga mewujudkan perbezaan dari segi kognitif.

Bahasa penyampaian yang santai dan mudah menjanjikan satu pengalaman yang berguna dan perlu dijadikan sebagai contoh kepada pembaca dalam merencahi kehidupan berumah tangga dengan harapan istana yang dibina berkekalan. Tidak sabar untuk mendapatkan sambungannya yang bakal dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bertajuk Aku Terima Nikahnya ‘2’ Bercinta Sampai ke Syurga.

Tajuk : Aku Terima Nikahnya

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Halaman dan Harga : 227 ms dan RM 20.90

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s