Godaan Buku..

Sudah 3 hari menginjak hari persekolahan setelah satu minggu bercuti. Selesema dan batuk masih belum kebah walaupun demam sudah beransur pulih. Cuma ingin berkongsi pengalaman ketika masa percutian. Semasa percutian lepas, saya dan isteri sibuk mencari barang-barang keperluan bagi persediaan majlis persandingan yang bakal dilangsungkan 2 bulan akan datang.

Mengambil kesempatan itu juga, saya yang gemar kepada bahan-bahan bacaan tidak mensia-siakan peluang untuk mengajak isteri singgah ke kedai buku berdekatan. Pada masa tersebut, nikmat buku merasuk diri yang meronta-ronta meminta kaki melangkah masuk ke kedai buku. Ketika membeli belah di Mid Valley, saya akhirnya mengajak isteri singgah ke MPH Bookstore. Isteri yang kurang berminat kepada dunia perbukuan memberi sokongan dan galakkan dengan setia menemani suaminya.  Terima kasih sayang 🙂 Setelah lebih kurang 20 minit berada di dalamnya, akhirnya tangan menjinjing beberapa buku yang memang sudah lama diidamkan untuk dibaca kisah dan isinya. Antara buku dalam genggaman adalah ;

1. Ekuinoks (Azizi Ali)

2. Sangeetha (Azizi Hj. Abdullah)

3. Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani)

4. Aku Terima Nikahnya (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

5. Sang Pemimpi (Andrea Hirata)

6. 300 Hadis Bimbingan (Ustaz Zahazan Mohammad dan Ahmad Hasan Mohd. Nazam)

7. 3T Taubat, Tasbih dan Tahajud (Zaini Ali Bakar)

8. Merantau Ke Deli (Hamka)

Pada dua hari sebelumnya, terlebih dahulu saya dan isteri ke Pustaka Mukmin yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan Tafsir Al-Quran bagi dijadikan hantaran perkahwinan. Maka, sekali lagi pada masa itu jiwa tidak tenteram sekaligus menyelit buku-buku lain yang tidak dirancang pembeliannya iaitu Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani), Rindu Andalusia (Radwa Ashour), Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Muhd Kamil Ibrahim), Tip Menjadi Penulis Bestseller (Zamri Mohamad) dan Dua Wajah (Syed Husin Ali). Kesemua buku inilah yang memenuhi ruang bagasi ketika menaiki pesawat balik ke Sarawak. Walaupun berpuas hati dengan apa yang telah diperolehi, namun satu buku idaman iaitu Laskar Pelangi karya Andrea Hirata begitu sukar sekali untuk diperolehi. Semua kedai kehabisan stok. Nampak gayanya kena membeli secara online dengan bayaran lebih atas caj penghantaran.

Kini, Aku Terima Nikahnya dan Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman menjadi kudapan halwa minda dalam masa terluang terutamanya malam hari setelah kepenatan menggalas tugas di sekolah.

Advertisements

2 thoughts on “Godaan Buku..

  1. Assalam alaikum wbt

    Tuan yang dihormati dan dirahmati Allah.

    Terima kasih atas kesudian memiliki buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.

    Semoga Allah mempermudahkan urusan Tuan dalam menghasilkan karya non fiksi yang dapat membantu masyarakat dari segi jiwa dan kehidupan.

    Salam hormat.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis buku
    http://www.zamrimohamad.com/v2

  2. zamrimohamad – Waalaikumussalam. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas kunjungan encik di ruangan yang masih bagaikan pucuk baru tumbuh daripada tunasnya ini. Nyata ia menjadi pencetus kepada diri saya untuk menulis dengan lebih giat. Dengan doa dan harapan encik, insyaAllah saya akan usahakan untuk dimanfaatkan bersama semua masyarakat 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s