Tunnels : Will Burrows dan Dunia Bawah Tanah

TunnelsAlhamdulilah, setelah seminggu akhirnya mengusaikan satu lagi novel yang bertajuk Tunnels atau Terowong hasil karya dua penulis iaitu Roderick Gordon dan Brian Williams. Hakikatnya, novel ini telah diselenggarakan oleh editor yang cukup dikenali iaitu Barry Cunningham (editor novel Harry Potter).

Tunnels adalah sebuah novel fantasi yang mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 14 tahun bernama Will Burrows (Will) yang gemar kepada aktiviti penggalian (arkeologi). Minatnya ini lahir daripada ayahnya, Dr. Burrows iaitu seorang arkeologis yang bekerja di muzium dan bercita-cita ingin menjadi terkenal melalui hasil penemuannya. Kisahnya bermula apabila Dr. Burrows telah beberapa hari tidak pulang ke rumah dan didapati hilang. Sehubungan itu, beberapa hal yang pelik telah berlaku ke atas Will dan rakan karibnya, Chester setelah lubang yang mereka gali di sebuah terowong tinggalan tertimbus semula dengan logik yang tidak diterima akal. Dalam masa yang sama, kedua-duanya pernah dikejar dan cuba ditangkap oleh dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam dengan wajah yang pucat. Namun, akhirnya mereka berjaya melepaskan diri.

Bermula dari situ, Will dan Chester cuba mencari misteri kehilangan  ayah Will melalui penemuan sebuah jurnal milik Dr. Burrows yang begitu menarik perhatian mereka. Misteri tersebut terungkai apabila Will dan rakannya menemui sebuah lubang terowong di bilik bawah tanah milik Dr. Burrows. Pengembaraan bermula apabila Will dan Chester mempersiapkan segala peralatan dan membuat keputusan untuk berhadapan dengan segala kemungkinan untuk memasuki terowong tersebut.

Ternyata usaha Will dan Chester tidak sia-sia kerana mereka telah menemukan satu realiti yang tidak dijangkakan apabila mereka menemui sebuah dunia yang begitu menakjubkan. Malang tidak berbau apabila kedua-duanya telah ditangkap oleh golongan Styx iaitu strata tertinggi bagi masyarakat di bawah tanah tersebut. Will dan Chester telah dipenjarakan dan di soal siasat namun Will dibebaskan dan dipertemukan dengan keluarga asalnya iaitu keluarga Jerome di mana dia mengetahui bahawa dia memiliki seorang adik lelaki iaitu Cal. Manakala Chester tidak bernasib baik apabila dihukum dan bakal mengalami pengasingan di DEEP iaitu dunia yang lagi bawah daripada dunia bawah tanah.

Sesungguhnya novel ini menjanjikan plot yang tidak diduga dan benar-benar mengikat pembaca menghabiskan pembacaan mereka untuk mengetahui kesudahannya. Adakah Dr. Burrows berjaya ditemui? Apakah nasib Chester yang bakal diasingkan? Bagaimana dengan Will, mampukah dia menyelamatkan Chester dan kembali ke dunia sebenar di atas tanah dengan selamat?

Dan diharapkan PTS dapat menterjemahkan sekuel Tunnels pula iaitu Deeper dan Freefall agar segala misteri pengembaraan ini dapat dirungkaikan. Novel Tunnels diibaratkan oleh beberapa orang penulis dan editor sebagai pengganti kepada sekuel Harry Potter kerana ia mempunyai jalan cerita yang hampir sama.

Advertisements

One thought on “Tunnels : Will Burrows dan Dunia Bawah Tanah

  1. Pingback: Bukan H1N1 | Perspektif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s