Dunia maya dalam industri buku

Terasa sukar sekali untuk log in wordpress sekarang. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk loading dan kesabaran amat dituntut. Alhamdulilah setelah percubaan demi percubaan, akhirnya dapat log in dengan selamat.

Kemajuan dunia melalui bidang internet telah meluaskan kadar informasi masyarakat mengenai apa yang berlaku di sekeliling dan di luar sempadannya. Ternyata, faedah yang diterima tidak ternilai harganya namun harus berlandaskan penggunaan yang betul tanpa menyeleweng. Jika suatu ketika dahulu, setiap buku-buku yang dikeluarkan di pasaran, resensi mengenai buku tersebut hanya dapat dibaca dan dinilai melalui akhbar-akhbar dan majalah. Tidak ketinggalan, penyebaran secara lisan dari bibir ke bibir. Kesannya, sesebuah buku itu akan dikenali dan dibaca oleh masyarakat.

Tetapi, kini kaedahnya sudah berubah walaupun masih ada mengekalkan cara yang sama. Penggunaan internet yang meluas dalam masyarakat sekarang telah digunakan dan dimanfaatkan oleh pihak penerbit buku dengan sepenuhnya. Melalui kemudahan maya ini, segala buku yang diterbitkan sudah bisa dibeli hanya melalui atas talian sahaja dalam bentuk yang sangat mudah dan cepat. Inisiatif ini telah mewujudkan dunia baru dalam penjualan buku. Sebagaimana kita ketahui, antara pelopor utama adalah amazon.com dan sekarang Malaysia seolah-olah tidak ketinggalan menggunakan kaedah ini.

Sekarang, syarikat penerbitan buku negara kita telah mengambil peluang menggunakan internet untuk menjual buku kepada masyarakat. Antara syarikat-syarikat penerbitan yang aktif dalam penjualan buku melalui internet adalah PTS, Telaga Biru, Al-Hidayah, Kinibooks dan Utusan Publications. Lebih memeriahkan, penjualan buku-buku di Malaysia turut disokong oleh badan yang membantu dalam menyokong usaha syarikat penerbitan seperti Ujana Ilmu, Mybookscityesastera.com dan Kedai-Buku.com agar rakyat Malaysia dapat memperolehi sumber bacaan dengan mudah. Kemunculan badan-badan ini seolah-olah telah menjadi tulang belakang kepada syarikat penerbitan dalam memperkembangkan dan meningkatkan jualan buku mereka.

Bookcafe

Contoh web jualan buku secara online daripada PTS

Tambahan lagi, perkembangan jualan buku dalam negara kita turut dipengaruhi oleh kewujudan blog-blog dan laman yang membicarakan mengenai dunia buku. Kebiasaannya, blog dan laman golongan ini menitipkan hal-hal perbukuan tidak kira buku fiksyen mahupun non-fiksyen. Ini sedikit sebanyak telah menyebarluaskan maklumat mengenai sesebuah buku melalui resensi dan pengalaman blogger. Melaluinya, para blogger dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan sekaligus mempengaruhi para blogger sendiri dan pengunjung untuk mendapatkan buku yang dibicarakan. Mengambil kesempatan itu juga, para penulis buku juga berpeluang mengenali dan mengetahui respon segera daripada pembaca dan ulasan mengenai karya penulisan mereka. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat di mana para penulis dapat mengenali para resensi dengan lebih dekat sehingga ada yang menjadi peresensi yang tegar kepada seseorang karya penulis.

Sesungguhnya, kehadiran dunia maya iaitu internet dalam kehidupan masyarakat telah menyuburkan dan memeriahkan lagi industri perbukuan negara kita sekaligus menyampaikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan budaya membaca dalam kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s