45 tahun dalam Malaysia

Sudah seminggu berlalu, baru saat ini berpeluang untuk memasukkan berkenaan peristiwa Pesta Sambutan Sempena 45 tahun dalam Sarawak. Ia telah berlangsung pada 14.02.2009 dan dirasmikan oleh Y.B Awang Asfia pada malamnya di pekan Bintangor.

Pelbagai kontinjen telah menyertai perarakan kereta berhias dan kita dapat melihat bagaimana kaum Melayu, Cina dan Iban berkumpul beramai-ramai bagi menjayakan pesta ini. Setelah sekian lama, ini merupakan satu lagi peristiwa di mana semua masyarakat dapat berkumpul semula selepas kali terakhir yang pesta serupa diadakan pada tahun 80-90an dulu. Antara kontinjen yang memeriahkan pada malam tersebut adalah daripada kontinjen pendidikan yang meliputi Jabatan Pelajaran Daerah Meradong dan pelajar dari sekolah-sekolah terpilih, Jabatan Kerja Raya, Jawatankuasa Kampung Kecil Bintangor, Persatuan Lau dan persatuan masyarakat Iban.

Akhir program, para penduduk disajikan dengan pertunjukan bunga api dari padang Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ). Berikut adalah antara babak-babak yang sempat dirakamkan oleh abang yang menjadi camera man pada malam tersebut.

JKK Bintangor

JKR

Masyarakat Bintangor

Bunga api 01

Bunga api 02

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s