Teman yang ikhlas..

Ada Apa Dengan BukuAlhamdulilah, dalam ruang masa yang terhad saya telah menghabiskan pembacaan sebuah buku tulisan Shaharom TM Sulaiman dan Suriati Shamsuddin yang bertajuk “Ada Apa Dengan Buku” sementara menunggu masa masuk ke kelas di sekolah.

Melalui buku ini, penulis telah membahagi-bahagikan kandungan isinya kepada 7 bahagian iaitu berkenaan dengan Dunia Buku dan Daya Pikatnya, Buku Memaknakan Dunia Penulisan, Simpang Siur Industri Perbukuan, Cetusan Memoir dan Biografi, Daya Buku Memperkasakan Budaya Membaca, Buku dan Skandal Perangan dan, Buku dan Wacana Pembangunan Di Malaysia.

Apa yang paling menarik minat saya dalam buku ini adalah berkenaan kisah tokoh-tokoh Islam yang begitu mencintai buku sehingga ia diibaratkan satu nyawa atau roh yang menjiwai minda dan kehidupan mereka daripada segalanya. Sebagai pengetahuan melalui buku ini, pembaca diberikan satu informasi di mana buku bisa menjadi tarikan pelancongan sebagaimana yang dilaksanakan di Wales iaitu perkampungan buku Hay On-Wye. Di sana, setiap penggemar dan pencinta buku dari seluruh pelosok dunia berkampung untuk menyertai pelbagai aktiviti berkenaan dunia perbukuan. Malaysia turut melancarkan kampung buku melalui konsep yang sama dikenali sebagai Kampung Buku Malaysia Langkawi (KBML). Malangnya, sambutannya amat dingin sekali sehingga ia langsung tidak diketahui kewujudannya pada masa kini bagi sesetengah masyarakat.

Tambahan lagi, dalam buku ini terkandung kata-kata hikmah dan prinsip seseorang pencinta buku yang sangat menarik terhadap buku. Contohnya,

“Membaca buku ibarat hadir dalam sebuah pesta. Suatu pesta yang mana dalamnya terkumpul segala cerita; pengalaman suka duka, perjalanan intelektual, perjalanan hidup dan lebih dari itu kita tenggelam dalam dunia keasyikan membaca yang tersendiri” (Derek Baker)

“When we are collecting books, we are colleting happiness” (Vincent Starrett)

Penulis turut menyelitkan hubungan tokoh-tokoh terkenal dengan buku sebagaimana luahan emosi Hillary Clinton dalam buku Living History yang memutarkan berkenaan hubungan sulit suaminya Bill Clinton dengan Monica Legwinsky. Tidak ketinggalan adalah penulisan mengenai Lee Kuan Yew, Ismail Hussein dan V.S Naipaul.

Buku ini sudah diterbitkan pada tahun 2004. Namun, isinya amat bernilai untuk dijadikan sebagai panduan pada masa sekarang dan memperkayakan pengetahuan pembaca berkaitan dengan dunia penulisan dan perbukuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s