Ziyad Patel

Sambil mencari-cari bahan untuk dijadikan tambahan kepada isi pengajaran, saya turut menjengah sekali-sekala di laman youtube berkenaan tarannum al-quran. Apa yang saya telah jumpai adalah berkenaan seorang insan yang dikenali Zayid Patel. Masya-Allah, begitu menusuk kalbu bacaan dan alunannya apabila membaca kitab suci al-quran. Sehubungan itu, saya menyelitkan di sini salah satu video alunan beliau ketika mengaji surah Kursi;

Qari Ziyad Patel telah dilahirkan di Ladysmith, Kwazulu Natal, Afrika Selatan. Beliau telah khatam al-quran dan menghafal kesemua juzuk ketika berusia 11 tahun lagi.

Atas keindahan alunan Ziyad Patel ini, beliau telah dijemput untuk mengalunkan bacaannya di masjid-masjid serata dunia seperti di United Kingdom, Ireland, Turki, India, Kashmir, Mesir, Arab Saudi, Thailand, Bostwana, Indonesia, Cape Town dan seluruh Afrika Selatan. Semoga ini membukakan hati kita untuk memperbanyakkan pendengaran yang mengagungkan kebesaran Allah s.w.t daripada muzik-muzik yang melalaikan.

Lebih lanjut untuk mengetahui latar belakang Ziyad Patel boleh layari laman http://www.qzp.co.za/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s