Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sudah terlalu lama tidak menitipkan entri di ruang ini atas keterbatasan masa akibat tugasan yang sentiasa ada untuk dilunaskan. Cuma ingin menggunakan masa yang ada untuk berkongsi sedikit informasi yang berguna bagi tatapan pengunjung.

Sebelum ini, masa yang ada digunakan untuk berkunjung ke blog kegemaran insan-insan yang hanya dikenali di ruang maya. Ketika melayari dan membaca perkembangan terbaru para blogger, satu iklan telah menarik minat saya untuk dikongsikan kepada para muslimah. Ini memandangkan ia cukup bagus untuk disebarkan jualannya kepada golongan wanita kerana kini masih ramai para kaum Hawa tidak mengenakan gaya pemakaian yang menutup aurat dengan baik. Sentiasa ada lompang dan kelemahan dalam pemakaian mereka walaupun bertudung litup.

Maka, jika pemakaian yang berlandaskan apa disyariatkan, sudah semestinya ia mengurangkan keazaban kepada kaum itu sendiri dan para lelaki yang berada di luar rumah dengan pemeliharaan mata mereka daripada perkara yang tidak sepatutnya.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” [Surah Al-Ahzab:59]

Kepada para muslimah, kunjungilah laman web http://tshirtlabuhmuslimah.blogspot.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pakaian yang dijual untuk kebaikan ummah🙂

2 thoughts on “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

  1. salam..
    blog anda menarik & penggunaan bahasa yang tidak dicampuradukkan.. tahniah..
    saya menjumpai blog anda ini setelah saya menekan ‘smk bandar bintangor’ pada ‘google’..

    saya mencari ruangan ‘follower’ juga sebenarnya untuk meneruskan lagi pembacaan pada blog ini..

    Apa pun..tahniah untuk blog yang anda hasilkan ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s