Transgenesis – Menarik

Sebenarnya sudah lama melihat buku ini terletak kemas di satu sudut rak buku Popular Bookstore, Sibu. Setiap kali berkunjung, tangan pasti menggapai buku ini untuk membaca sinopsisnya buat sekalian kali. Namun, hati tetap belum tergerak untuk membawa dan membayarnya di kaunter. Akhirnya, minggu lepas Transgenesis Bisikan Rimba karya Amir Husaini menjadi koleksi lemari buku dan sebentar tadi baru sahaja usai membacanya.

Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada penulisnya dengan penghasilan novel ini. Sememangnya, novel ini sangat menarik untuk dibaca. Ternyata, telahan saya selama ini mengenai novel ini adalah silap. Amir Husaini telah berjaya mengikat pembaca untuk meneruskan pembacaan berdasarkan urutan plot yang cukup tersusun sehingga pembaca tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya.

Transgenesis Bisikan Rimba adalah nobel sci-fi yang mengisahkan satu kajian yang dilakukan oleh sebuah institut yang dikenali Institut Trans-DNA dalam penghasilan manusia yang DNAnya dibiakkan bersama dengan DNA tumbuhan. Kisahnya bermula dengan pembunuhan tauke balak Hwang Chien Ming oleh satu makhluk yang bermata dan berambut hijau dan mempunyai kuasa yang luar biasa dan ia telah disaksikan Razilan, pekerja tauke. Teknik pengolahan peristiwa ini sedikit sebanyak mendatangkan seriau kepada pembaca dengan gambaran bau kenanga yang dicium dalam hutan di waktu malam. Ia berjaya mengundang suspen kepada pembaca di permulaan cerita ini.

Peristiwa pembunuhan tersebut telah mencetuskan publisiti di kalangan masyarakat apabila tersiarnya di dalam satu tabloid iaitu Sayembara Nasional. Melalui peristiwa tersebut, muncul pula watak-watak yang menunjangi novel ini antaranya Datuk Jay (pengasas Institut Trans-DNA), Datin Kay (saintis dan isteri kepada Datuk Jay), Prof. Joned (saintis mengetuai kajian di Institut Trans-DNA), Buraquzzaman (wartawan Sayembara Nasional) dan Razilan (saksi kepada wujudnya makhluk berkuasa luar biasa). Watak protagonis dalam novel ini ialah Flora, makhluk yang bermata dan berambut hijau dan mempunyai kuasa luar biasa juga dikenali sebagai Subjek 4-7-9-1. Flora digelar dengan angka ini kerana dia merupakan subjek pertama yang dapat dicipta dengan sempurna iaitu subjek yang ke-4791. Sebelumnya, sebanyak 4790 kajian mengalami kegagalan dan semuanya dilupuskan di sebuah hutan di kaki Gunung Pulai iaitu di mana peristiwa berlakunya pembunuhan tauke balak di awal cerita.

Kebijakan saudara Amir Husaini mengolah plot dalam novel ini nyata sekali cukup mengesankan dan di luar dugaan. Setiap plot ditulis dengan begitu tersusun dan cermat sehingga tiada satu babak yang tertinggal. Misteri yang berlaku dan kejadian silam yang sentiasa berhubung kait  menimbulkan perasaan ingin tahu yang lebih kuat. Sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan tauke balak, subjek 4-7-9-1 telah melarikan diri dari Institut Trans-DNA. Laporan akhbar Sayembara Nasional bahawa satu makhluk yang berwarna hijau telah membunuh tauke balak tersebut dan inilah yang menjadi kerisauan kepada individu yang mendalangi kajian ke atas subjek 4-7-9-1 atau Flora.

Maka, yang menjadi persoalan kepada pembaca siapakah yang membunuh tauke balak tersebut? Adakah Flora atau subjek lain? Namun, bahan bukti yang dijumpai polis menunjukkan bahawa Datin Kay turut menjadi suspek kepada pembunuhan. Adakah benar? Kesudahannya pembaca harus membaca novel ini kerana ia menyajikan satu wadah yang menarik untuk diterokai bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s