Alam pendidikan

Setelah sekian lama tidak berpeluang untuk menitipkan sebarang entri, kali ini jari jemari kembali mula menaip abjad-abjad yang berada di permukaan keyboard untuk menghangatkan semula aktiviti berblog. Selama tiga minggu bertugas di sekolah, tidak terasa masa cepat sungguh berlalu. Kini kembali untuk bercuti lagi selama seminggu sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kebanyakan sekolah mengambil peluang menambah cuti sedia ada untuk memberi peluang kepada warga Cina menyambut perayaan dengan lebih meriah.

Tiada apa menarik yang ingin dikongsikan bersama di sini pada kali ini cuma ingin memberitahu sesiapa agar persepsi kepada dunia perguruan bukan semudah yang disangka. Ya, benar. Guru itu ibarat sebatang lilin yang menerangi orang lain. Tanpa guru, tiada lah lahirnya golongan cendekiawan, profesor, jutawan, ahli korporat dan profesion seumpamanya.

Berdasarkan keluhan rakan-rakan yang dipostingkan di tempat lain, rasa diri saya amat bersyukur dapat mengajar di sekolah sekarang. Disiplinnya terkawal. Para pelajar pun masih mempunyai perasaan hormat yang menebal terhadap para guru. Walaupun ada segelintir tersasar, namun masih boleh untuk diperbaiki. Hiba dan simpati rasanya apabila mendengar nasib rakan-rakan yang mengajar di bandar-bandar besar. Mengajar anak-anak bandar rupa-rupanya lebih banyak mencetuskan cabaran. Baru menginjak Tingkatan 1, pelajarnya sudah berani bertindak kurang ajar terhadap guru. Bisa mencarut guru apabila diminta menghantarkan tugasan yang sengaja tidak disiapkan.  Di samping itu, kebanyakan pelajar amat fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sehingga segenap perkara dipertuturkan melalui bahasa ini. Seolah-olah bahasa kebangsaan sudah tidak wujud lagi. Bahasa Melayu mereka pula sudah goyah. Yang kedengaran adalah kepelatan lidah apabila bercakap dalam bahasa ibunda negara.  Patutlah PPSMI sukar sekali untuk dihapuskan. Satu-satunya perlaksanaan yang hanya menguntungkan anak-anak masyarakat yang hidup mewah di bandar-bandar. Alahai..betapa besarnya dugaan. Jika tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, pasti jiwa menjadi sakit dan boleh menjejaskan psikologi.

Bagaimana pula dengan seorang pengalaman guru yang pernah berjasa di sebuah sekolah yang disiplinnya di tahap yang rendah. Setiap hari ada sahaja laporan pergaduhan dilaporkan. Ketua-ketua gangster tanpa takut memasuki kawasan sekolah secara membuta tuli apabila anak-anak buahnya dipersalahkan. Pengetuanya pula mengambil sikap lepas tangan. Malahan guru-guru didiskriminasikan atas dasar bangsa dan agama. Tiada peluang untuk menjadi Guru Cemerlang.

Selain mengajar dan menghadapi karenah pelajar ini, para guru turut melakukan kerja-kerja pengurusan yang melibatkan aktiviti pelajar, disiplin pelajar, prestasi akademik, pengurusan data sekolah dan pelbagai lagi. Sememangnya, para guru sentiasa menggalas tugasan yang banyak.

Maka, sesiapa yang berkata menjadi guru itu mudah, ubah lah persepsi tersebut. Jangan mengambil jalan senang melepaskan tanggungjawab anak sepenuhnya kepada para guru dan menyaman guru sesuka hati tanpa usul periksa. Sesungguhnya, guru yang menghukum adalah hanya dengan tujuan mendidik agar menjadi manusia yang tulen. Kalau guru diancam, maka inilah natijahnya di mana para pelajar sekarang yang sudah semakin di luar norma-norma kehidupan dengan percambahan kebejatan sosial di kalangan generasi harapan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s