Jom Boikot Israel dan Amerika!

Setiap hari terpampang di dada akhbar gambar-gambar rakyat Palestin yang ditindas dan diperangi oleh pihak pelampau Zionis yang melancarkan serangan tanpa sebarang sifat kemanusiaan. Hari ini sudah 800 nyawa terkorban. Kanak-kanak yang baru mengenal erti kehidupan dihujani bom dan peluru.

Kini seantero dunia masyarakat menyatakan pendirian membantah serangan gila ini. Tidak kira sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam bersatu padu bersama-sama melaungkan anti Israel dan Amerika. Ini lah semangat perpaduan di kalangan masyarakat yang harus kita banggakan dalam menegakkan kebenaran dan menolak kekejaman. Masing-masing mempunyai pendirian yang sama untuk keselamatan dan keamanan dunia.

Sehubungan itu, masyarakat Islam khususnya sudah mula melancarkan beberapa langkah iaitu dengan mempergiatkan penyebaran maklumat untuk memboikot produk Israel dan Amerika. Ada yang menyambut baik langkah ini dan ada juga yang langsung tidak menghiraukan sehingga diibaratkan membantu mengkafankan mayat rakyat Palestin.

Marilah kita bersama-sama berpegang pada kekuatan ummah dengan bersatu hati menjayakan kempen memboikot produk Zionis dan Amerika agar ia mampu meruntuhkan keegoan dan kebongkakan mereka menindas rakan seIslam di Palestin.

Lanjut mengenai produk Israel-Amerika di sini

Advertisements

2 thoughts on “Jom Boikot Israel dan Amerika!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s