Permulaan 2009

Bermula malam semalam hujan tidak pernah berhenti membasahi bumi sehingga entri ni ditulis. Titisan demi titisan jatuh di atas bumbung menambahkan irama malam. Sambil diiringi suara katak yang saling bersahutan memanggil hujan agaknya. Riak ceria si suria langsung tidak kelihatan pada hari ini. Semua penghuni lebih suka bertapa di dalam rumah menikmati cuti hujung minggu bersama keluarga. Buku Memoir Seorang Guru karya Azizi Abdullah menjadi tatapan diri tika masa terluang sebegini, semenjak memulakan pembacaan malam tadi. Namun, atas urusan yang harus diusaikan oleh abang, terpaksa juga kaki melangkah keluar untuk menemani walaupun cuaca sejuk dari siang tadi sehingga sekarang cukup menggoda diri agar melekat di rumah sahaja.

Di Sibu, bermula dengan niat untuk mendapatkan buku mengenai kadet remaja sekolah tetapi sebaliknya diri ini tewas dengan bisikan buku yang memanggil-manggil membuatkan diri akhirnya membeli secara borong buku-buku lain yang nyata memikat hati. Sudah tidak tertahan melihat dan membelek-belek, terus sahaja membuat pembelian. Dan ia juga adalah pembelian pertama untuk tahun 2009. Tahun ini azam tersemat untuk membaca lebih banyak buku-buku mengatasi tahun yang sudah. Cuma kini diri harus bijak mengimbangi masa kerana tugasan sekolah yang sentiasa berjalan menuntut masa yang sesuai untuk membaca bahan-bahan bukan akademik a.k.a novel dan buku seangkatannya ini.

Berikut senarai buku yang dibeli sebentar tadi :

1. Kadet Remaja Sekolah (Amzan Abd.Malek dan Hazira Hamsah A.)

2. Mengurus Majlis dan Acara Rasmi (Samsudin Wahab)

3. Kail Panjang Sejengkal (A. Samad Ismail)

4. Ada Apa dengan Buku (Shaharom TM Sulaiman dan Suriati Shamsuddin)

5. Tampang Sasterawan (Mohd. Affandi Hassan)

6. Justeru Impian di Jaring (Zaid Akhtar)

7. Igauan dan Cerita-cerita Lain (Shahnon Ahmad)

8. Tawarikh Cinta (Nisah Haron)

9. Odisi Tanah Kencana (Sri Rahayu Mohd Yusop)

10. Yusuf dan Zulaikha (Taufiqurrahman al-Azizy)

11. Makan Gaji Tetapi Kaya (Shamsudin Abdul Kadir)

12. The Alchemist (Paulo Coelho)

Semoga semua buku ini dapat diusaikan sebelum bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Amin..

4 thoughts on “Permulaan 2009

  1. Welma La’anda – Ya, saya sendiri masih belum sempat untuk membacanya. Cuma menunggu giliran untuk dibaca🙂

  2. nanti, kalau sudah siap di baca, tulislah sedikit ulasan tentang buku ini..oohhh..kawan saya tidak suka membacanya..mana tahu, dari ulasan positif saudara, boleh memberi pencerahan kepada kami untuk membacanya semula..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s