Sejauh mana ia mengurangkan kadar kemalangan

1 Januari 2009 telah menjadi ketetapan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi sebarang kenderaan agar penumpang di belakang memakai tali pinggang keselamatan. Di malam Ambang Merdeka, sebanyak 242 saman telah dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa kepada penumpang yang tidak mematuhi peraturan tersebut di seluruh negara. Pemandu yang ingkar dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Sememangnya, langkah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai ketika awal pencadangan peraturan ini. Namun begitu dalam perkara ini, saya cukup prihatin dengan keluarga yang tidak mampu melaksanakan peraturan ini akibat kekangan yang dihadapi. Terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai dan mengalami kesempitan kewangan. Pelaksanaan peraturan ini mungkin menyebabkan si bapa berfikir untuk membahagikan anak apabila ingin membawa bersiar-siar. Mungkin ada anak-anak yang akan terpaksa ditinggalkan di rumah. Keadaan ini pastinya merencatkan peluang masa bersama antara ibu bapa dengan anak-anak dalam melahirkan keluarga harmoni. Daripada beberapa suara masyarakat ternyata ramai yang mengeluh dan terpaksa menelan keputusan yang telah pun ditetapkan.

Kalau mengikuti berita kemalangan di akhbar mahupun televisyen, kita boleh melihat bagaimana remuknya kenderaan yang mengalami pelanggaran. Ada yang lebih mengharukan dengan kenderaan terputus dua. Rasanya memakai tali pinggang pun jika kemalangannya dalam keadaan sebegitu, nyawa pasti 100% melayang juga. Tiada harapan untuk hidup dengan kemalangan amat teruk ini. Mungkin keajaiban berlaku jika umur masih dipanjangkan Tuhan.

Apa yang menjadi faktor kemalangan teruk sebegini? Faktornya adalah kelajuan. Di lebuhraya kelajuan maksimum yang dibenarkan adalah 120km. Tidak kah badan penguatkuasa berfikir dan merenung pelaksanaan had kelajuan ini. Berdasarkan teori sains, benda yang bergerak dengan laju akan menghasilkan momentum yang kuat jika berlanggar dengan sesuatu benda. Maksudnya, semakin laju maka semakin kuat momentum terhasil.

Tak boleh mengambil contoh pelaksanaan had laju di Dubai. Lebuh rayanya membenarkan pemandu memandu dengan had maksimum 100km sahaja. Di samping itu, setiap lebuhraya dipasangkan dengan sistem speed-trap yang cekap. Biar lambat asalkan nyawa selamat. Mengenai perkara ini anda boleh ikuti di sini. Pengurang had laju di samping pemantauan ketat oleh pihak berkuasa sudah pasti kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Akhir sekali, sebenarnya banyak perkara boleh diambil contoh sebagai cara-cara menyelamatkan nyawa di atas jalan raya yang lebih memuaskan setiap pihak.

One thought on “Sejauh mana ia mengurangkan kadar kemalangan

  1. Please let me know if you’re looking for a writer for your site.
    You have some really great posts and I feel I would
    be a good asset. If you ever want to take some
    of the load off, I’d absolutely love to write some material for your blog in exchange for a link back to mine.

    Please send me an email if interested. Regards!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s