2008 berlalu pergi..

Tepat detik 12.00 tengah malam tadi memberikan maksud bahawa kita sudah pun menginjak ke tahun baru meninggalkan tahun 2008 dengan segala kenangan. Ini bermakna usia pun akan bertambah.

Di permulaan tahun 2009, kita akan mengambil dua pendekatan utama. Pertama, kita akan mengimbau kembali apa yang kita kecapi selama ini. Kedua, kita mula membuat penilaian dan menyematkan matlamat hidup baru bagi mencapai apa yang diingini dan memperbaiki segala kesilapan dan ketelanjuran pada sebelumnya.

Tahun 2008 telah memberikan banyak kenangan kepada saya. Bermula dengan latihan praktikum di SMK SG. Burong, Tanjong Karang (terima kasih kepada semua staf dan penduduk di sekitar Sg.Burong yang sentiasa hidup dalam kedamaian dengan persekitaran sawah padi luas yang nyata sekali menyimpan memori indah). Tahun 2008 juga memberikan saya segulung ijazah pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (sebuah institusi yang mengimbau banyak kenangan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Terima kasih kepada pensyarah yang mengajar. Paling mengembirakan apabila berpeluang diajar oleh dua orang profesor yang saya cukup kagumi iaitu Prof. Madya Dr. N.S Rajendran dan Prof Dr. Abdul Hamid Mahmood). Pada tahun 2008 turut menjadi sejarah kepada saya apabila ditempatkan untuk mengajar di SMK Bandar Bintangor iaitu yang memberi makna inilah percaturan hidup baru yang bakal saya lalui sebagai seorang guru.

Semua ini adalah hasil segala pengorbanan kedua ibu bapa yang selama ini memberikan pelajaran yang mencukupi untuk putera mereka agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Tidak ternilai apa yang telah mereka curahkan semenjak saya menuntut di sekolah sehingga ke institut pengajian tinggi. InsyaAllah dengan segala kudrat yang bakal dimanfaatkan, memberikan kepuasan dan kegembiraan di hati mereka.

Tahun 2009 akan cuba dilalui dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Dengan harapan dan matlamat yang telah disematkan di dalam hati semoga ia menjadi panduan untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Amin.

Advertisements

2 thoughts on “2008 berlalu pergi..

  1. Bunnybaby – Terima kasih. Dengan keberkatan doa akak ia mampu dilaksanakan sebaik mungkin dalam melahirkan generasi baru yang dipandang mulia dari segi ilmu dan akhlaknya 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s