Wajah Pendeta (resensi)

wajah_pendeta

Novel ini bukan lah novel baru. Ia telah diterbitkan pada tahun 1996. Berdasarkan pandangan peribadi saya, novel ini harus dimiliki tak kira yang muda mahupun golongan veteran kerana ia membawa satu pandangan yang harus dihayati.

Sebenarnya novel ini haruslah dibaca selepas membaca tiga jilit quartetnya yang bertajuk Jejak Warisan, Citra Pujangga dan Tampang Sasterawan. Tetapi memandangkan buku ini adalah buku lama iaitu 14 tahun dahulu, maka sukar untuk mendapatkan edisi awalnya. Namun, akan diusahakan untuk memperolehinya.

Wajah Pendeta membicarakan mengenai peranan sebenar seorang pengarang yang berpegang kuat kepada Teori Persuratan Baru dalam menghasilkan karyanya. Teori ini bertentangan dengan karya sasterawan sezamannya kerana ia berpegang utuh dengan prinsip berkarya sambil menyampaikan dakwah Islam dan ilmu bermanfaat.

Apa yang menarik mengenai novel ini, ia mengungkapkan segenap perkara dengan begitu terperinci. Falsafah yang disampaikan cukup menggugah jiwa dan menguji minda sambil diselit dengan ajaran agama. Saya cukup terkesan dengan beberapa plot yang dibentuk oleh penulis. Dalam novel ini, keadilan itu amat penting dalam menjana rumahtangga yang besar ahlinya (poligami) dan dibantu dengan perasaan kefahaman dan tolak ansur yang tinggi di antara mereka. Penulis turut menyelitkan satu kritikan halus yang begitu tajam mengenai kehidupan sosial dan politik di negara ini. Ternyata, apa yang disampaikan menyentuh serba sedikit apa yang telah berlaku dalam negara Malaysia sekarang. Antaranya ialah isu bahasa Inggeris di sekolah, rasuah di kalangan ahli politik, soal pelaksanaan hukum Islam, penindasan umat Islam di luar negara dan masalah ketidakadilan dan ketelusan dalam politik negara.

Membaca novel ini nyata menjana minda kita untuk berfikir dan merenung apa yang sedang berlaku. Saya cukup berminat mengenai penulisan saudara Affandi melalui karya Profesor Syed Naquib al-Atas (Islam and Secularisme) yang membincangkan tentang ilmu.

Katanya, “..umat Islam kini sekarang mengalami krisis ilmu yang teruk. Mereka keliru dalam memahami konsep ilmu. Epistemologi mereka salah. Akibatnya lahirlah dua keadaan. Pertama, hilangnya adab dalam masyarakat kerana manusia tidak tahu lagi menempatkan sesuatu pada tempatnya. Dan ini diikuti pula dengan muncul dan berkuasanya para pemimpin palsu dalam segenap bidang kehidupan kita termasuk bidang ilmu”.

Tajuk : Wajah Pendeta

Penulis : Mohd. Affandi Hassan

Penerbit : Fajar Bakti Sdn. Bhd

Harga : RM 19.00

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s