Bantahan serangan Israel..

Hari ini sudah masuk hari keempat Israel membedil negara Palestin. Alasan yang diberi adalah untuk memerangi Hamas yang telah melancarkan serangan roket ke atas negara mereka. Kekejaman Israel ini mendapat reaksi yang negatif daripada seluruh pelosok dunia tidak kira orang Islam mahupun yang bukan Islam. Semuanya membantah serangan kejam pihak Israel. Pengeboman dari udara yang bertalu-talu nyata memusnahkan Gaza di mana bangunan-bangunan berkecai menjadi batu halus dan debu. Tidak cukup, serangan dari laut juga dilakukan.

Sebagai umat Islam, kita berasa sedih dengan dugaan yang dihadapi oleh rakan seagama di sana. Di mana kah pemimpin-pemimpin Islam yang lain? Semuanya takut dan menjaga kepentingan masing-masing. Yang berkepentingan bersama Amerika hanya diam seribu bahasa. Tiadanya perpaduan dan perasaan kesetiaan di kalangan pemimpin Islam  menyebabkan rakyat Palestin dilanyak tanpa kasihan. Amerika selaku polis dunia hanya menyaksikan kejadian ini dengan sebelah mata. Penindasan dan pembunuhan rakyat Palestin dihalalkan bagi pemimpin mereka. Oleh itu, tidak asing lagi Presiden Bush dilemparkan dengan kasut oleh Muntadar al-Zeidi iaitu seorang wartawan yang kini ditahan di Iraq sebelum ini.

Israel sebuah negara yang terbentuk daripada sebahagian tanah wilayah Palestin nyata tidak bersyukur sekali. Bak kata pepatah, ‘diberi betis nak paha’. Pada tahun 1881, berlaku gelombang besar iaitu imigrasi yang pertama ke dalam bumi Israel untuk mengelakkan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah dari seluruh pelosok Eropah. Tanah Israel bermula apabila mereka membeli tanah daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah golongan Arab. Ianya menjadi pengasas kepada petempatan pertanian mereka. Namun, tercetus ketegangan antara Yahudi dan orang Arab selepas itu.

Theodor Herzl, seorang Yahudi Austria-Hungary telah mengasaskan gerakan Zionisme. Pembentukan gerakan ini membuatkan semakin ramai orang Yahudi dari luar memasuki Israel ditambah lagi dengan pembasmian oleh gerakan Nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler yang tidak suka kepada orang Yahudi ini. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bansgsa-bangsa Bersatu (PBB) memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Menurut PBB lagi, kaum Yahudi mendapat 55% wilayah daripada seluruh tanah meskipun mereka hanya 30% daripada keseluruhan penduduk. Nyata, tindakan PBB ini tidak direstui dan ditentang oleh negara-negara Arab. Akhirnya, Israel ditubuhkan tepat pada 14 Mei 1948.

Kini, Israel menjadi kuasa besar dunia sehingga mempengaruhi segala tindakan Amerika Syarikat. Negara-negara Islam pula masih mundur di belakang. Hanya kesatuan dan semangat setiakawan di kalangan negara Islam mampu menjana satu jalinan ukhuwah yang mengembalikan kegemilangan Islam di mata dunia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s