empat tahun tragedi tsunami

26 Disember 2004

Berlaku satu tsunami yang begitu luar biasa di bumi Acheh sehingga meragut lebih 100,000 nyawa penduduk. Bangunan dan rumah yang ada semuanya ranap diruntuhkan ombak tsunami. Yang hanya kedengaran adalah jerit pekik penduduk yang bertempiaran menyelamatkan diri serta bunyi alunan rempuhan tsunami yang begitu menggerunkan tidak mempedulikan sesiapa.

26 Disember 2008

Hari ini bermakna 4 tahun tragedi gelap ini telah berlaku. Semua umat Islam yang berada di Nusantara terasa tempiasnya. Ternyata tsunami telah dijadikan sebagai peringatan bahawa betapa kerdilnya kita di bawah naungan-Nya. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Sebagai memperingati kejadian tsunami, penduduk Acheh mengambil kesempatan mengerjakan solat sunat hajat dan pelbagai aktiviti keagamaan sebagai menginsafi diri dan menjadi umat yang paling dikasihi-Nya.

Di Malaysia, semua umat Islam seharusnya mengambil iktibar akan peristiwa ini. Namun yang menyedihkan, masih ada yang leka dan lalai dalam mematuhi ajaran-Nya. Kini kes jenayah dan kebejatan sosial dimonopoli oleh kaum Melayu. Kaum Melayu pada suatu ketika dahulu amat terkenal dengan sifatnya yang pemalu, berakhlak mulia, berbudi pekerti dan menjaga maruah diri. Namun kini, semuanya sudah berubah. Perubahan ini disebabkan pengaruh Barat yang cukup berkesan dalam menjajah minda orang Melayu melalui dunia hiburan yang melampau dan pemujaan budaya hedonisme yang ekstrem.

Sehubungan itu, setiap pihak harus mengembleng tenaga di mana anasir-anasir jahat barat ini haruslah dikurangkan atau dihapuskan sama sekali sambil menyusun semula langkah agar menitikberatkan kehidupan berlandaskan ajaran Islam yang hakiki dalam setiap keluarga Muslim.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s