Fikir-fikirkan lah..

Betapa bertuahnya pelajar sekolah rendah di Terengganu yang bakal menikmati kemudahan penggunaan laptop di sekolah pada tahun hadapan. Seramai 25,000 pelajar akan diberi laptop secara percuma oleh kerajaan secara berperingkat.

Ini sebagaimana diumumkan dalam The Star semalam bahawa tujuan pelaksanaan langkah ini adalah bagi memberikan pelajar peluang mendapatkan sumber maklumat daripada pelbagai sumber (internet) dan mengurangkan beban pelajar yang terpaksa membawa banyak buku sebelum ini ke sekolah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa yang terlibat, kesemua bekalan laptop diperolehi dari Taiwan dan bakal diagihkan oleh Intel Electronic. Kerajaan pusat akan menyediakan peruntukkan sebanyak RM 30 juta untuk membiayai projek ini.

Apa yang menarik adalah kenapa projek ini diadakan di negeri Terengganu terlebih dahulu? Dan kenapa ia diumumkan sekarang? Sebagaimana yang saya tahu, pelajar-pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak serta mana-mana kawasan pedalaman sepatutnya menikmati projek ini paling awal. Golongan pelajar di sana ternyata lebih memerlukan insentif sebegini. Masih ramai pelajar yang berada di ceruk pedalaman perlu diberi peluang untuk didedahkan dengan perkembangan dan kemudahan teknologi maklumat dalam kehidupan mereka. Sepatutnya dengan langkah sebegini ia sekaligus merapatkan jurang pendidikan pelajar.

Fikir-fikirkan lah..

2 thoughts on “Fikir-fikirkan lah..

  1. Assalamualaikum…tertarik untuk memberi komen pada kunjungan pertama ke sini..kemudahan penggunaan laptop di sekolah-sekolah rendah?terbayang adik-adik yang bakal dijuadahi semua itu..saya fikir semua orang tahu kenapa pelajar di Terengganu yang dikhabarkan akan menerima fasiliti sebegini..beberapa hari sebelum…

  2. Semilir – Waalaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan dan komen daripada anda🙂 Saya mengerti akan persepsi anda apabila membaca berita ini. Rasanya yang di luar pun membuat andaian yang sama. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s