EDENSOR

Edensor. Sebuah karya yang indah dan menarik. Penuh daya hidup dan mempunyai ketinggian nilai estetik yang dimanfaatkan dari kombinasi empat elemen utama: daya kreativiti, imaginasi, realiti dan intelektual bagi menyerlahkan falsafah kehidupan. Falsafah hidup yang sederhana tetapi unik.

Di atas merupakan bait-bait kata oleh Dr. Fatimah Busu, bekas pensyarah Kursus Penulisan Kreatif, USM mengenai novel bertajuk Edensor karya Andrea Hirata. Bagi saya, Edensor sebuah novel yang digarap sangat cermat dan menghiburkan oleh saudara Andrea. Ia mengisahkan bagaimana Ikal dan Arai mengalami kejutan budaya apabila menerima biasiswa untuk menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di Perancis iaitu di Sonbornne University.

Seperti kebiasaan apabila berada di Perancis, sudah semestinya Menara Eiffel menjadi kewajipan pertama untuk dilawati. Jika sebelum ini hanya melihat di media, kali ini mereka dapat melihat di hadapan mata sendiri.

Aku terpaku melihat tubuh hitam samar-samar dibalut kabut, tinggi perkasa menjulang langit seperti hantu. Menara Eiffel laksana nyonya besar. Tegak kekar, tak peduli. Puncaknya mencakar ketinggian yang tak terucap, serupa mahkota yang melayang-layang dalam buaian halimun. Dia pongah dengan kepala mendongak dan hanya mahu bercakap-cakap dengan awan… Kawan, mimpi-mimpi telah melontarkan kami sampai ke Perancis.

Klimaks kehidupan Ikal dan Arai di Barat bermula apabila menjelangnya cuti musim panas. Mereka mengimpikan untuk membedah bumi Eropah sehingga ke Afrika. Bagi memperoleh wang membiayai penjelajahan mereka, Sommers iaitu seorang gadis yang cantik tanpa berbelah bahagi memberikan pertolongan dan bantuan iaitu dengan melaksanakan seni jalanan di merata Eropah. Penjelajahan ini disahut cabarannya oleh beberapa rakan sekuliah.

Sebagaimana permulaan, saya fikir Edensor hanyalah merupakan kota khayalan saudara Andrea namun setelah diselidiki di Google Search, ia merupakan sebuah tempat yang benar-benar wujud. Ia adalah realiti. Sebuah desa yang nampak tenang, damai, bersih dan menyamankan. Ini adalah karya Andrea Hirata yang pertama saya baca. InsyaAllah, akan cuba mendapatkan karyanya terdahulu iaitu Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi.

Andrea Hirata seorang yang mengagumkan bagi saya. Beliau tidak pernah dikenali sebelumnya bahkan tidak pernah menulis sebuah cerpen pun tetapi beliau secara tiba-tiba langsung menjadi seorang penulis yang sesungguhnya mampu mengangkat dunia sastera Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Susunan kata dan ilmu saintifiknya dalam menghasilkan novel Edensor ini nyata sekali mengesankan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s