apakan daya..

Dua hari lalu bersamaan 12 Disember 2008, filem yang ditunggu-tunggu akhirnya mula ditayangkan kepada umum di pawagam. Malangnya, pawagam yang berdekatan dengan rumah tidak menayangkan. Sebaliknya diri hanya mampu menelan air liur dengan sisipan yang dimuatkan individu  dalam youtube kebelakangan ini. Sebenarnya telah lama diri menanti kemunculan filem ini. Tidak semena-mena soundtrack filemnya kedengaran di laptop hampir setiap hari di download secara tidak sah (maaf ya :p).

RAB NE BANA DI JODI. Itulah judul filemnya. Lakonan pelakon kegemaran iaitu Datuk Shahrukh Khan bersama pendatang baru dalam dunia perfileman Bollywood iaitu Anushka Sharma. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang cukup popular dengan filem mega hit seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai dan Mohabbatein iaitu Aditya Chopra.

Rab Ne Bana Di JodiBerdasarkan sinopsis di internet, kisahnya berkisar apabila Surinder Sahni (Datuk Shahrukh) seorang lelaki yang lurus, berhati bersih dan jujur yang bekerja di Punjab Power jatuh cinta kepada Taani (Anushka Sharma) iaitu seorang gadis yang periang dan ranggi sehingga mereka berkahwin walaupun Sahni jauh lebih berusia daripada Taani yang muda lagi cantik. Permulaan kisahnya bermula apabila Taani yang kepingin untuk memenangi satu pertandingan tarian seperti Sehati Berdansa di astro ria lagaknya. Tetapi suaminya, Sahni yang tidak up-to-date menjadikan Taani berasa kecewa dan malu kerana dia pasti diketawakan oleh pasangan lain nanti.

Sahni yang mendengar secara senyap keluhan isterinya membuatnya bertekad membuat pembaharuan atau makeover dari segi penampilan dan lagaknya. Sahni belajar menari berdasarkan filem semata-mata ingin mengembirakan hati isteri mudanya. Ternyata Sahni telah berjaya melakukan pembaharuan sekaligus menambat hati isterinya dengan menyamar sebagai Raj tanpa disedari Taani bahawa Raj adalah suaminya sendiri.

RNBDJ

Seterusnya kena tengok di pawagam. Saya begitu kepingin mengetahui kesudahan ceritanya. Alangkah malangnya, tiket airAsia yang kini nyata terlalu mahal sekarang. Sesungguhnya pihak Airasia begitu bijak mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tiket yang tinggi di musim cuti persekolahan sebegini. Hampa.

2 thoughts on “apakan daya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s