Pelaksanaan ‘Taman Kewangan JA’

JA Finance Park

Satu program yang menarik untuk dikongsikan bersama. Saya pasti ramai di luar sana turut merasa yang sama. Dalam Kosmo! Online hari ini, terdapat satu artikel yang mengujakan mengenai Taman Kewangan JA yang dianjurkan di Amerika Syarikat. Pelaksanaan program sebegini sepatutnya harus dicontohi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendedahkan ilmu pengurusan kewangan kepada para pelajar dan mahasiswa daripada pelaksanaan PPSMI yang menghancurkan anak bangsa.

Program ini ternyata boleh memberikan impak yang positif dalam kehidupan para remaja sebelum mereka melangkah ke alam dewasa. Melalui program sebegini, para remaja dapat memahami dan menguruskan kewangan mereka dengan baik seiring dengan kejatuhan ekonomi sekarang yang dijangkakan berterusan sehingga ke tahun hadapan.

Taman Kewangan JA atau JA Finance Park adalah satu program interaktif menyediakan satu pengurusan kewangan peribadi bagi pelajar Gred 8th. Tujuan utama adalah bagi membiasakan diri pelajar berkenaan konsep asas perancangan kewangan dan memberikan mereka peluang mengaplikasi pengetahuan dimiliki dalam kehidupan menyerupai keadaan sebenar.

Suasana Finance Park

(Sumber : http://www.howardswright.com/)

Sepanjang menyertai JA Finance Park ini, setiap pelajar akan disetkan satu misi iaitu menguruskan porfolio secara bersendirian tanpa dipengaruhi oleh golongan dewasa. Portfolio mereka diberikan dengan melengkapkan profil diri seperti status perkahwinan, pendapatan tahunan dan bilangan anak. Apabila sudah menerima dan melengkapkan portfolio, mereka akan mengira dan mengurus pendapatan bulanan dengan menyediakan bajet iaitu termasuk peluang membuat pelaburan stok. Sepanjang di taman tersebut, mereka harus singgah ke gerai-gerai yang membuat jualan perumahan, insurans, pengangkutan, makanan, perabot dan pelbagai lagi.

personal_finance_main

(Sumber : http://jamaryland.org/)

Sebenarnya, Taman Kewangan ini dibina daripada dua buah treler besar sepanjang 16 meter yang diubahsuai kepada bandar kecil seluas 609.6 meter persegi dengan 19 bahagian yang direka khas. Pada satu masa, taman ini boleh memuatkan 100-120 orang pelajar sehari.

Program pengurusan kewangan ini mendapat sambutan hangat sekolah-sekolah pada saat banyak pihak menunjukkan bagaimana penggunaan kredit yang berlebihan telah menjadi penyumbang kepada krisis kewangan yang melanda negara itu sekarang. Sebagaimana menurut Sherrilyn Stevens, Pengurus Pendidikan JA di Virginia, kebanyakan ibu bapa tidak dilengkapkan pengetahuan bagaimana mengajar anak-anak mereka tentang wang atau cara untuk menguruskannya.

Maka, kementerian berkaitan harus peka dengan program sebegini kerana ia memberikan manfaat yang begitu besar kepada masyarakat. Program ini sudah pun dijalankan di Amerika Syarikat bermula pada September 2006. Ternyata, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di sana. Dengan pelaksanaan program ini, para pelajar amnya akan mempunyai pengalaman dan pendedahan sebagai bekalan sebelum menempuhi alam pekerjaan atau gerbang perkahwinan bagi menguruskan kewangan personal untuk masa hadapan.

Advertisements

One thought on “Pelaksanaan ‘Taman Kewangan JA’

  1. Everything is very open with a clear description of the issues.
    It was really informative. Your site is very useful.
    Thank you for sharing!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s