Resensi Ketika Cinta Bertasbih vo.1

Ketika Cinta Bertasbih vol.1

Setelah mengenali Kang Abik menerusi karya Ayat-ayat Cinta(AAC), saya kepingin sekali mendapatkan karyanya Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin saya insan yang sudah ketinggalan mengikuti novel ini kerana ia sudahpun dikenali ramai sebelumnya. Ya. Saya sudah usai membaca novel ini beberapa hari yang lalu. Kini sedang mengikuti sambungannya vol.2.

Jika dihalusi, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) masih menerapkan tema yang sama sebagaimana AAC iaitu kisah cinta seorang lelaki yang berdasarkan ajaran Islam di kota Mesir. Jikalau dalam AAC pembaca dikenali dengan tokohnya Fahri, tetapi di dalam KCB pemain utamanya ialah Kang Azzam ataupun nama penuhnya Abdullah Khairul Azzam. Di Mesir, sesiapapun tidak  pernah mengelarkan namanya dengan nama Abdullah. Sebaliknya dia lebih dikenali dengan panggilan Kang Azzam dan Mas Insyinyur. Jika sesiapa mencari dengan namanya Abdullah, tiada siapa yang mengenali Abdullah yang mana satu.

Menerusi novel KCB ini, Kang Azzam merupakan pelajar Universiti Al-Azhar yang tidak lulus peperiksaan sehingga 9 tahun akibat kesempitan hidup keluarga di kampung halaman. Di Mesir, Azzam bekerja sambilan dengan menjual tempe, bakso dan sebagai tukang masak. Sehubungan itu, Azzam begitu dikenali oleh masyarakat Indonesia di Mesir termasuk ibu-ibu KBRI yang sering menempah masakan daripada Azzam jika ada sebarang majlis. Semua pengorbanan Azzam ini adalah semata-mata untuk menyara ibu dan adik-adiknya di kampung setelah kematian bapanya yang mengalami kemalangan.

Kali ini, pembaca perlu mengikuti setiap lembaran novel dengan teliti kerana Kang Abik menghadirkan beberapa watak penting yang perlu diingati oleh pembaca iaitu siapa si A, siapa si B dan apa kaitan semuanya dengan kehidupan Kang Azzam. Watak-watak ini perlu diberi perhatian jika ingin menikmati novel ini dengan lebih enak.

Sesungguhnya novel KCB sarat dengan hikmah. Kandungan isinya amat menarik dengan memuatkan persoalan kehidupan sebagai seorang pelajar, kawan dan juga anak. Paling penting, bagaimana kita membuat tindakan berdasarkan prioriti. Ini yang ditunjukkan oleh penulis melalui watak Kang Azzam yang meletakkan kepentingan adik-adiknya lebih utama dari hal pelajaran dan cinta. Pada mulanya, pembaca mungkin mengagak bahawa Kang Azzam bukan pelajar yang cerdik dan pintar kerana dia mengambil masa 9 tahun untuk menamatkan pelajarannya. Ternyata, tekaan mudah begini adalah silap. Pada semester pertama di al-Azhar, Kang Azzam adalah satu-satunya pelajar dari Indonesia yang cemerlang. Kalau di Malaysia, ia bisa dikenali dengan sijil dekan. Kematian bapanya selepas itu menyebabkan prioriti Kang Azzam berubah daripada hal pelajaran kepada hal pencarian pendapatan.

Alhamdulilah, pengorbanan Kang Azzam tidak sia-sia. Adik-adiknya semua berjaya dalam kehidupan dan karier masing-masing. Sepucuk surat daripada adiknya Husna ternyata meruntun jiwa pembaca. Saya yang menghayati surat tersebut terasa mata berkaca-kaca. Kagum dengan pengorbanan Kang Azzam yang dibalasi dengan kejayaan adik-adiknya.

Mengenai perihal cinta, terdapat penglibatan soal cinta yang banyak di dalam novel ini. Watak yang terlibat adalah Kang Azzam sendiri, Furqan, Fadhil, Cut Mala, Anna Althafunnisa, Hafez dan Tiara. Semua watak ini amat berkait rapat antara satu sama lain. Maka, pembaca dihidangkan dengan konflik yang penuh debaran. Pengakhiran ceritanya berlaku di dalam pesawat yang membawa Kang Azzam kembali ke negara kelahirannya setelah 9 tahun di perantauan. Segala kerinduan terbenam di dalam hati tidak sabar untuk menemui kembali ibu dan adik-adiknya.

Maka, bagi sesiapa yang masih belum membaca novel ini, tidak rugi untuk mengikuti dan membacanya sendiri. Ternyata ia akan membina satu sifat positif dalam diri mengenai kehebatan KCB.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s