Salam takziah

Dalam minggu ini, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh. Awal pagi semalam, berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa iaitu di Taman Mewah Kuala Lumpur. Akhbar melaporkan seramai empat nyawa yang terkorban akibat runtuhan.

Ketika menjadi pelajar Tingkatan Enam dulu, saya telah memilih subjek Geografi sebagai pelengkap pengambilan sijil STPM. Saya masih ingat guru yang mengajar subjek ini iaitu Cikgu Atiqah. Salah satu bab dipelajari menerusi subjek ini adalah mengenai kejadian pergerakan jisim dalam bahagian sistem geomorfologi. Mengikut ilmu yang saya pelajari berkenaan bidang ini, bahan-bahan yang terlibat dalam pergerakan jisim bergerak dari bahagian atas cerun ke bahagian bawahnya secara kesotan, geluncuran dan runtuhan. Pergerakan ini akan terhenti apabila pengaruh graviti menjadi minimum.

Ini bermakna perumahan yang dibina di lereng bukit sememangnya berisiko mengalami pergerakan jisim di bawah tapak rumah kerana ia mempunyai tarikan graviti yang kuat. Ini dibuktikan melalui kejadian semalam sebagaimana menurut salah seorang mangsa yang mengatakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku, lapan pokok besar tumbang di belakang rumahnya seolah-olah menunjukkan terdapat pergerakan di bawah tanah.

Menurut para pengkaji dan pakar alam sekitar, pembangunan berlebihan menyebabkan kawasan air larian permukaan (run-off water) menjadi sangat luas. Air larian permukaan ini tidak mempunyai alur tertentu. Ini menyebabkan aliran air bergerak kesemua arah termasuk di cerun-cerun curam. Kesannya, tanah yang berstruktur lemah mula mengelongsor bersama air hujan dan seterusnya membinasakan sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan.

Pandangan peribadi saya, kenapa perlu membina rumah di lereng bukit? Adakah para pemaju tidak memikirkan kesan jangka panjang pembinaan ini. Diketahui, risiko pembangunan di atas bukit adalah tinggi untuk berlaku hakisan dan tanah runtuh kerana Malaysia adalah negara yang mengalami iklim khatulistiwa iaitu menerima hujan 3500mm setiap tahun. Ini lah akibatnya jika para pemaju lebih mengejar keuntungan atau memenuhi duit poket mereka sehingga jaminan keselamatan penduduk diabaikan.

Selepas berlaku kejadian-kejadian sebegini, ada yang mula bersuara agar larangan pembinaan di kawasan berbukit. Suara-suara sebegini sudah jelak kita dengari jika ada berlaku sebarang bencana. Di belakang, projek sebegini terus dijalankan atas dasar PEMBANGUNAN.. PEMBANGUNAN.. PEMBANGUNAN. Para pemaju tiada sebarang hukuman dikenakan. Kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya adalah KETAMAKAN sesetengah  individu yang terlibat. Ketamakan mengingini kehidupan mewah dan ingin cepat kaya, maka simbol wang yang terpampang di depan mata dengan angka yang luar biasa menyebabkan segala tanggungjawab dan sifat kemanusiaan dipinggirkan.

Salam takziah kepada mangsa. Semoga apa yang berlaku mengingati diri kita bahawa betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan Sang Pencipta bumi ini. Jika DIA mengingini, maka kita sebagai hamba-Nya berserah tanpa bisa berbuat apa-apa. Ini adalah ujian daripadaNya. Tabahlah menghadapi dugaannya. Semoga kejadian ini membuka mata dan hati kita yang lalai kembali ke landasan ajaranNya yang sebenar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s