9 Zulhijjah

Saat ini sudah memasuki 9 Zulhijjah. Ini bermakna jemaah haji bakal menunaikan salah satu rukun haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf mengingatkan kepada umat Islam peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Setelah sekian lama, akhirnya mereka dipertemukan kembali di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sini lah mereka memohon keampunan daripada Allah swt selama bertahun-tahun. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.

Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Bukan itu sahaja, kepada umat Islam yang tidak mengerjakan haji, mereka juga perlu mengambil hikmah tarikh ini dengan berdoa sebanyak mungkin kerana dengan izinNya insyaAllah apa yang didoakan oleh setiap yang berdoa diberkati dan diperkenankan oleh Allah swt.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahawa pada hari yang mulia itu Allah swt sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.

Disebutkan dalam hadis qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :

Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku

Pada hari tersebut, Allah swt senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadis yang lain :

Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Demikianlah betapa agungnya hari Arafah di mana dalam beberapa jam sahaja, doa mukmin disaksikan secara dekat oleh Allah swt dan sesiapa yang berdoa tersebut akan dibangga-banggakan olehNya di hadapan para malaikat.

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s