Resensi Warisnya Kalbu

Sudah lama saya mengusaikan pembacaan buku tulisan Sri Rahayu Mohd Yusop bertajuk Warisnya Kalbu. Pertama sekali, novel ini telah memenangi hadiah utama Kategori Novel Remaja (berbahasa Melayu) anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2007.

Kisahnya bermula apabila seorang pelajar yang bernama Hassan Basri yang menemui sebuah jurnal simpanan arwah datuknya yang mengandungi catatan harian Tun Cempaka yang hidup semasa perang Bendahara di Pahang. Tun Cempaka merupakan adinda kepada Tun Hassan Perwira iaitu seorang lelaki yang kuat agamanya, bijaksana dan mahir dalam berpantun.

Apa yang ditekankan oleh penulis di dalam buku ini adalah perihal warisan pantun dalam masyarakat Melayu. Melalui buku ini, ia telah mendedahkan satu cabang ilmu berkenaan pantun kepada saya. Ternyata, penulis kreatif dan berjaya menarik minat pembaca melalui gaya dan bentuk pantun yang tersirat maksudnya. Dalam buku ini juga saya telah mengenal terma-terma yang terdapat dalam pantun seperti sanjak iaitu ragam bunyi yang sama padan. Sanjak ini kebiasaannya berada di tengah atau di hujung baris pantun. Contohnya ;

Kain destar kuning cempaka,

Dihias tebal bunga sulaman,

Hidup bersandar adat pusaka,

Adat kekal diuji zaman.

Di samping itu, melalui pembacaan buku ini memberikan maklumat mengenai isi-isi yang terdapat dalam seserangkap pantun. Antaranya adalah tujuan berhibur (jenaka dan senda gurau), memberi nasihat dan teguran serta mengirim sindiran.

Ternyata, penulis novel ini telah menjadikan pantun-pantun lama sebagai panduan untuk mencipta suatu cerita dan mengkaitkannya dengan watak-watak dalam novel tersebut. Tambahan lagi, kebijaksanaan penulisnya menyusun dan mencipta plot cerita yang menarik menjadikan saya sebagai pembaca sentiasa ingin terus membaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Dalam buku ini, penulis menzahirkan dua zaman yang berlainan iaitu di dunia semasa melalui watak Hassan Basri yang menyertai pertandingan pantun antara sekolah dan dunia klasik iaitu riwayat Tun Cempaka.

Sememangnya novel ini harus dimiliki oleh setiap pembaca dewasa walaupun dikategorikan dalam novel remaja. Semoga Sri Rahayu Mohd Yusop meneruskan usaha melahirkan buku atau novel yang lebih memikat hati selepas ini.

Advertisements

2 thoughts on “Resensi Warisnya Kalbu

  1. Salam saudara,

    Terima kasih kerana sudi membeli, membaca dan menulis resensi Warisnya Kalbu. Saya amat menghargainya.

  2. Sri Rahayu Mohd Yusop – Waalaikummusalam. Semoga puan bisa dilimpahi rahmat dalam melahirkan lebih banyak karya bermutu sekaligus memartabatkan bidang kesusasteraan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s