Timbalan Menteri Pelajaran Meninggal Dunia

Sebelum ini saya pernah menulis satu entri yang berkisar mengenai sekolah di pedalaman. Dalam penulisan tersebut, saya memberi penghargaan kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Razali Ismail yang turun padang menjejak kehidupan guru dan pelajar di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Namun, hari ini beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands iaitu kira-kira pukul 6.30 petang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah etika bermain badminton di institut itu.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s