Cuti-cuti Malaysia..

Sudah lama tidak menitipkan khabar di blog ini. Semenjak memulakan tugas dan dikhendaki membantu pihak sekolah menyiapkan beberapa perkara bagi kelangsungan persekolahan tahun hadapan kadang-kadang membuatkan badan keletihan. Malamnya pula masa dihabiskan untuk bersama keluarga. Episod hidup kini sudah berubah. Tidak sama sebelum diri dipostingkan. Maka, ruangan ini kesunyian tanpa berita.

Semalam, kakak saya bersama suami dan anak-anaknya melancong ke bandaraya Kuching sempena cuti persekolahan ini. Mereka bertandang dengan tujuan untuk bersiar-siar melawat tempat yang menarik di sana. Mengikut perancangan, kakak sekeluarga berkemungkinan singgah di pasar Serikin iaitu sebuah pasar yang terletak di sempadan Indonesia-Sarawak. Teringat satu ketika dahulu ketika menuntut di sekolah menengah, selalu mengikut ayah dan ibu ke pasar ini bagi membeli barangan untuk dijual (mak seorang peniaga kecil-kecilan). Untuk sampai ke pasar Serikin, ia mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kuching.

Sepanjang perjalanan, pengunjung akan melalui perkampungan masyarakat Bidayuh di kiri kanan jalan raya. Sebelum sampai ke pasar Serikin, terdapat satu pos imigresen sempadan di sebelah kiri jalan. Kalau tidak merancang perjalanan dengan betul, kedatangan pada hujung minggu akan menyebabkan pengguna kenderaan meletak kenderaan jauh dari syurga membeli belah barangan Indonesia di Serikin. Akibatnya, pengunjung terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke gerai-gerai yang ada. Ketika balik, pastikan pengunjung tidak membeli barangan terlarang jika tidak ingin ditahan oleh pihak imigresen.

Di pasar Serikin ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘janjan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Jika bernasib baik, di pasar ini juga menjual haiwan eksotik iaitu haiwan yang dilindungi oleh pihak kerajaan Malaysia. Pengunjung yang berminat sudah pasti teragak-agak untuk membuat pembelian kerana risau jika dikesan oleh pihak imigresen.

Menurut individu yang biasa berurusan dengan para peniaga di situ, harga yang ditawarkan adalah tinggi jika berada di waktu puncak yakni ketika kehadiran ramai pengunjung. Ini akan menyebabkan para peniaga mengambil kesempatan dan sukar untuk membuat tawar menawar. Di samping itu, petang adalah waktu paling sesuai untuk berkunjung ke sini kerana peniaga akan cuba melariskan jualan mereka. Pada masa ini, kegiatan tawar menawar biasanya akan berpihak kepada pembeli. Keadaan ini berlaku kerana sesetengah daripada peniaga di situ terdiri daripada golongan yang susah. Mereka tinggal jauh dari pasar tersebut. Ada yang hanya berjalan kaki yang memakan masa berjam-jam. Jadi, jika barangan mereka sudah terjual, mereka dapat balik dengan agak ringan tanpa membawa banyak muatan.

Jadi, kepada para pembaca yang masih belum berkesempatan berkunjung ke pasar Serikin, cuti persekolahan sekarang menjadi peluang terbaik untuk membawa keluarga membeli belah di sini. Bagi yang berkunjung ke Kuching, apa salahnya melengkapkan jadual percutian dengan datang ke pasar Serikin membeli barangan untuk dibawa balik sebagai tanda kenangan..

Cuti-cuti Malaysia

Sumber foto : Deborah :: Picasa

lagi

lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s