PPSMI : Perlukah diteruskan??

Assalamualaikum Puan,

Izinkan saya untuk kongsi pengalaman di sini. Jika ada mana-mana pihak yang berkaitan membaca coretan ini, ambillah sebagai makluman.

Usahlah disiasat dan dicari-cari pemberi maklumat itu.

Hari keputusan diumumkan, sekolah tempat anak saya belajar mengadakan Hari Kecemerlangan Murid.

Di akhir majlis, pihak sekolah umumkan keputusan UPSR yang baru diterima.

Tahun lepas, 5 orang pelajar sekolah luar bandar ini berjaya memperolehi 5 A. Tahun ini hanya seorang sahaja yang berjaya mendapat 5 A. Ada 4 orang yang mendapat 4 A 1 B.

Gred B yang diperolehi oleh mereka ialah masing-masing mata pelajaran sains ataupun matematik.

Berbohonglah jika saya katakan bahawa tidak ada guru yang merungut berkenaan dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris antara penyumbang kepada kemerosotan keputusan UPSR di sekolah itu.

Berlaku pula di satu sekolah, seorang guru telah diminta menggantikan kelas yang gurunya tidak hadir. Waktu itu ujian sains berlangsung di kelas itu.

Pada hari lain, gempar kerana ramai yang lulus cemerlang ujian yang diadakan sedangkan sebelum itu, tidak pernah berlaku keadaan demikian.

Guru yang menggantikan kelas itu pun ditanya samada dia memberikan jawapan kepada pelajar.

Guru berkenaan menjawab bahawa dia hanya menerangkan kepada pelajar apa maksud soalan-soalan tersebut.

Bermakna, selama ini bukanlah mereka tidak tahu jawapan kepada soalan. Mereka tidak tahu dan tidak faham apa soalan itu sebenarnya.

Mohammed Zakir Husin

Sumber : Pn. Ainon (UNIKA PTS)

MesejabdulAbang saya juga seorang guru di sekolah rendah. Abang pernah berkata, berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran, pada tahun 2008 pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk soalan subjek Matematik dan Sains. Namun begitu, bila UPSR sudah semakin hampir, golongan guru yang mengajar subjek berkaitan berasa hampa kerana KPM menyatakan soalan untuk kedua-dua subjek ini dibuat secara dwibahasa. Ramai guru mengeluh kerana sejak Tahun 1 murid-murid ini diberi penekanan untuk belajar menggunakan bahasa Inggeris. Guru-guru menghadapi masalah untuk menerangkan maksud dan memahamkan pelajar. Ini berlarutan selama 5 tahun setengah. Lebih-lebih lagi pelajar di pedalaman. Tugas guru menjadi lebih rumit menghadapi pelajar yang bahasa ibunda mereka bahasa iban, kadazan, bidayuh dan seumpamanya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, sesetengah pelajar yang sering gagal dalam ujian bulanan dan ujian semester sekolah dalam kedua-dua subjek ini mendapat lulus dalam subjek tersebut dengan kebanyakannya mendapat gred B dan gred C. Lebih mengharukan, segelintir pelajar ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu tidak lancar membaca dan mengira. Adakah ini kualiti yang ingin ditunjukkan oleh kementerian berkaitan? Ada juga pelajar yang terkejut mendapat gred yang baik walaupun sememangnya dia menyedari tidak menjawap dengan baik. Agak-agaknya berapa gred untuk mendapat kelulusan yang distruktur oleh lembaga pemeriksa.. Adakah hanya mendapat 60% sudah bisa memperolehi gred A? Kita tidak tahu.

Seharusnya, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dihentikan. Tiada guna kita meneruskannya jika kualiti benih yang dibajai berada di takuk bawahan. Jika dahulu, ramai pelajar aliran Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam kedua-dua subjek boleh menjadi cendiakiawan, profesor, jurutera dan profesion lain. Apa silapnya sehingga PPSMI ini dilaksanakan dalam pendidikan negara. Negara Jepun dan Jerman bisa sahaja menjadi kuasa ekonomi dunia dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai wadah dalam medium pendidikan mereka.. Saya yakin, bahasa Melayu boleh menjadi bahasa yang diterima oleh masyarakat dunia dalam menyampaikan sebarang ilmu.. Kembalikan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa kebangsaan.

Advertisements

5 thoughts on “PPSMI : Perlukah diteruskan??

  1. Semoga BM kembali dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek ini. Apa kelemahan BM hingga di anak tirikan dalam mendidik anak bangsa. Jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

  2. saya benar-benar berharap supaya pengajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa melayu semula kerana sepanjang pengajaran di dalam bahasa inggeris pelajar-pelajar menjadi sangat pasif kerana mereka tidak ada keyakinan berbahasa inggeris dan hampir tiada pelajar yang bertanyakan soalan semasa saya mengajar, kelas menjadi hambar

  3. Cikgu Mas sudah semestinya berpengalaman dalam mendidik anak bangsa melalui pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Buktinya, pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Saya bersetuju mengenai hal ini. Ramai rakan lain mengalami situasi yang serupa. Apa yang diharapkan, semoga pihak yang menggubal sistem ini membuka mata dengan menghapuskan pelaksanaan PPSMI serta merta. Jangan sudah terhantuk, baru nak tergadah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s