Karya sastera..

Setelah terpikat dengan ‘1515’ karya Faisal Tehrani, minat saya kepada bidang bahasa semakin meningkat. Keindahan bahasa melalui penulisan berbentuk sastera ternyata membuka mata betapa moleknya bahasa Melayu. Sesungguhnya perjuangan golongan terdahulu dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat dihargai.

Semalam saya bersama keluarga berkunjung ke Sibu atas urusan ibu yang ingin mengambil barang pesanannya. Mengambil kesempatan itu, saya singgah ke kedai buku Pustaka yang terletak di Wisma Sanyan. Ternyata, kedatangan kali ini tidak menghampakan kerana dapat membeli buku yang diidamkan.

Ketika masuk di kedai buku ini, ramai golongan wanita muda dan berusia pertengahan yang membelek buku  di rak yang menempatkan buku-buku cinta. Di rak buku sastera, hanya saya sahaja yang membelek-belek buku di situ keseorangan. Setelah meneliti beberapa buku, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli karya Sri Rahayu Mohd Yusop bertajuk Warisnya Kalbu dan Dari Suatu Tikungan Lorong sentuhan Zaen Kasturi yang diselenggarakan oleh Nor Azah Abd Aziz dan Rozlan Mohamed Nor. Kedua-dua buku ini merupakan buku yang dikategorikan untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Warisnya Kalbu merupakan pemenang kategori novel remaja pada tahun 2007.

Sebelum beredar, saya melihat satu buku yang tidak asing iaitu buku tulisan Faisal Tehrani bertajuk Karya Nan Indah. Buku ini sememangnya saya ingin dapatkan untuk menjadi koleksi kerana di dalamnya mempunyai nilai yang tinggi bagi saya memahami dan mempelajari aspek-aspek penulisan kreatif. Lantas saya menyambar buku ini dari rak tersebut.

Dengan masa membaca yang mula terhad, saya perlu hadir bertugas ke sekolah bagi membantu pihak pentadbiran menguruskan perkara yang berkaitan untuk melicinkan pergerakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

InsyaAllah, ketiga-tiga buku ini dapat dihadam isinya sebelum berakhir tahun 2008.

Sumber foto :

Warisnya Kalbu dan Dari Suatu Tikungan Lorong Mybooks.

Karya Nan Indah Mandala Resensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s