Fasa kehidupan seterusnya..

Sekarang cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula. Yang paling gembira  ialah kanak-kanak dan remaja yang bersekolah. Tidak terkecuali para ibu bapa ada yang sudah merencana ingin membawa keluarga melancong sama ada di dalam negara atau luar negara. Bagi golongan yang berada, sudah semestinya luar negara menjadi destinasi pilihan. Ada juga sesetengah ibu bapa lebih gemar membawa anak-anak bercuti ke kampung halaman. Maka, para datuk dan nenek sudah semestinya merasai kemeriahan dengan kehadiran cucu-cucu yang kaya dengan pelbagai ragamnya.

Namun begitu, cuti akhir tahun ini juga menjadi igauan kepada sesetengah kanak-kanak kerana biasanya pada cuti sebegini, ibu bapa mengambil peluang ingin mengkhatankan anak bujang mereka. Anak-anak pula pasti tidak lena tidur bila memikirkan pengalaman yang bakal mereka tempuhi. Jika dahulu, mesti terdengar pelbagai kisah dan gelagat kanak-kanak sebelum dikhatankan. Ada yang lari bersembunyi sehingga orang kampung mencari. Ada yang pengsan bila tiba saat berhadapan dengan Tok Mudim. Kisah sebegini kadang-kadang membuatkan kita geli hati apabila mengenangnya semula 🙂

Good idea..

Masih teringat ketika saya dikhatankan dahulu. Pada masa itu, semua aktiviti bersunat dijalankan di hospital kerajaan. Ramai rakan-rakan yang sebaya berada di ruang legar menunggu untuk dipanggil. Ada yang diam seribu bahasa dengan muka yang pucat sepanjang proses penantian itu. Tidak terkecuali diri saya. Sebelum itu, pelbagai mitos yang sengaja dijaja untuk tujuan menakutkan. Warga tua menceritakan sakitnya bersunat. Untuk memotong digunanya kapak atau parang. Yang mendengar pasti berasa kecut. Yang menceritakan diiringi gelak ketawa.

Setibanya giliran saya, berasa malu apabila doktor meminta menanggalkan celana. Seorang doktor yang bertugas sambil ditemani seorang lelaki sebagai pembantu sepanjang proses tersebut. Masih ingat lagi lagu yang berkumandang di saat itu. Iaitu lagu Candle In The Wind nyanyian Elton John. Popularnya lagu tersebut setelah kematian Puteri Diana. Pada masa itu, sebanyak empat kali suntikan bius disuntik membuatkan %^*&% terasa kebas. Ternyata, saya tidak merasakan kesakitan tiba saat %^*&% dipotong. Bila saya melihat, darah sudah pun membasahinya. Usai sahaja prosesnya iaitu selepas proses jahitan dan pembersihan, diri saya tersenyum bila keluar dari bilik wad kerana tidak merasa kesakitan. Segala mitos adalah tipu belaka.

Rupa-rupanya yang menjadi kesakitan apabila biusnya telah berkurangan bila saat tiba di rumah. Banyak pantang larang sepanjang terlantar di atas katil. Tidur pula hanya menelentang. Makan pun makanan yang tidak membawa alergi kepada kulit. Bergerak apabila ingin ke tandas sahaja dengan berjalan secara perlahan-lahan. Terseksa benar rasanya. Setelah sebulan berlalu, alhamdulilah segalanya kembali seperti biasa. Sudah bisa menggunakan celana. Cuma pergerakan masih terbatas.

Gambar hiasan (http://husna-ar.blogspot.com)

Golongan kanak-kanak sekarang sepatutnya bersyukur dan gembira kerana kemajuan teknologi dalam perubatan telah menjadikan proses berkhatan  tidak lagi menjadi igauan ngeri. Segala proses dijalankan dengan cepat dan cekap. Cuma tidak pasti komplikasinya. Namun sehingga kini, tiada masalah yang dialami kanak-kanak dengan penggunaan teknologi sebegini. Sesungguhnya, golongan lelaki harus bersyukur kerana hanya mengalami sedikit kesakitan dalam seumur hidup bagi proses berkhatan ini. Golongan ibu pula merasainya beberapa kali apabila melahirkan zuriat. Bersyukur lah..

Kepada yang bakal melalui proses berkhatan, selamat menempuhi fasa kehidupan yang bakal menjelang. Tiada apa yang dikhuatirkan. Ia menjadi kewajipan kepada insan bergelar lelaki. Menjadi tuntuan agama untuk menjamin kesucian dan kebersihan. Ianya cuma pengalaman sekali seumur hidup.. 🙂

Advertisements

2 thoughts on “Fasa kehidupan seterusnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s