UPSR: Penantian penuh debaran

Mulai esok, 13 November 2008, keputusan UPSR akan diumumkan. Sudah pasti pelajar tidak sabar ingin mengetahui keputusan yang bakal mereka perolehi setelah berhempas pulas menuntut ilmu untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan dan membanggakan.

Yang pasti, kebanyakan para ibu sudah semestinya tidak nyenyak tidur di malam hari berdebar-debar menunggu keputusan yang diperolehi oleh anak mereka. Ini berlaku kepada mak saya yang sememangnya tidak tidur lena setiap kali keputusan peperiksaan awam anak-anaknya diumumkan bila tiba waktunya. Para guru pula mesti ada yang gelisah untuk mengetahui prestasi pelajar-pelajarnya. Memikirkan adakah segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini membuahkan hasil yang berbaloi.

Keputusan UPSR kali ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) selama ini. Hasil daripada keputusan ini, Kementerian Pelajaran akan menilai dan mengkaji semula dasar yang telah dibentuk adakah ia perlu diteruskan atau dihentikan dengan segera. Pada penghujung tahun ini, rakyat akan dapat mendengar dan mengetahui keputusan status PPSMI dalam pendidikan negara.

Mengambil peluang ini, tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berasa kecewa. Percayalah, peluang untuk menikmati kejayaan sentiasa terhidang di hadapan. Yang penting, pergiatkan usaha dan sematkan keazaman dalam diri dalam menongkah arus kehidupan dengan lebih gemilang.

Advertisements

3 thoughts on “UPSR: Penantian penuh debaran

  1. Salam…

    Tiap ibu pasti berdebar2 menanti keputusan anak…apa jua keputusan terpaksa diterima kerana semuanya sudah pun berlalu…

    Org2 atasan…suka sgt mengubah2 dasar pembelajaran negara…yang susah…anak2…& juga guru2..

  2. kak lady – setuju dengan kak Anie atas pemikiran dan perubahan dasar oleh orang atasan. Sememangnya, pelajar mengalami kesukaran mengikuti pelajaran terutama subjek sains dan matematik dalam bi. Cuma berdoa dan berharap bahasa Melayu kembali sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek ini.

    amy – saya pun 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s