Ulasan “Si Bongkok Tanjung Puteri”

Si Bongkok Tanjung PuteriHari Khamis lepas, saya selesai membaca buku Si Bongkok Tanjung Puteri iaitu karya saudara Abdul Latip Talib. Sememangnya tidak asing lagi, beliau merupakan seorang penulis yang begitu aktif menghasilkan karya yang berunsurkan sejarah. Anda bisa sahaja menjejak karya-karya di halaman blog beliau di sini.

Ceritera Si Bongkok Tanjung Puteri adalah merupakan sebuah kisah sejarah yang menceritakan mengenai seorang pahlawan Melayu bernama Si Bongkok yang tidak sempurna fizikalnya. Namun begitu, beliau mempunyai kehebatan dalam dunia persilatan Melayu dan bersemangat kental mempertahankan Tanjung Puteri daripada campur tangan British dan insan yang bersekongkol bersama penjajah ini. Kehebatan Si Bongkok memang tidak dapat dinafikan oleh penduduk Tanjung Puteri dan Tuan William iaitu penjajah yang sentiasa menunggu peluang untuk menjajah Tanjung Puteri pada masa itu.

Malangnya, keazaman Si Bongkok melihat Sultan Ali selaku waris sebenar yang layak menduduki kerusi kerajaan Johor pada masa itu tidak disertai oleh sokongan para penduduk tempatan yang sudah dikaburi oleh pengaruh licik Temenggung Abdul Rahman. Keadaan ini menyebabkan Si Bongkok berjuang sendirian sehingga pada suatu ketika beliau difitnah oleh orang kanan Temenggung menyebabkan beliau dibuang ke daerah lain. Bermulanya saat itu, Si Bongkok berkompromi bersama lanun, Daeng Patani dan rakannya Megat yang duduk di Selat Tebrau dengan mengugat laluan perkapalan yang ingin ke Singapura (menjalankan urusan perdagangan). Situasi ini menaikkan kemarahan Tuan William seterusnya memerintahkan penduduk Tanjung Puteri membenci Si Bongkok sambil diiringi pengaruh jahat Temenggung dan akhirnya Si Bongkok diburu untuk dibunuh.

Dalam penulisan karya ini, gaya penulisan saudara penulis yang mudah menjadikan ceritanya tidak begitu menarik untuk dihayati. Jikalau penulis menulis dengan menggunakan bahasa sastera, sudah pasti penulisan beliau boleh mengajak pembaca ke masa lampau seolah-olah berada di masa tersebut. Terdapat beberapa bentuk ayat yang ditulis secara pengulangan membuatkan pembaca sedikit jemu untuk membacanya. Tetapi, penulisan watak Panglima Putih patut dipuji kerana ia dapat menyampaikan perasaan geram, kecewa dan hampa di hati pembaca.

Sememangnya usaha saudara Abdul Latip Talib menukilkan cerita ini diberi penghormatan kerana membukukan sebuah kisah sejarah yang perlu diketahui oleh masyarakat Malaysia. Ini dapat mengelakkan kisah bersejarah ini tidak hilang ditelan zaman kerana diketahui, ini merupakan cerita turun temurun daripada generasi yang hidup semasa klonial British memerintah. Satu karya yang baik untuk disimpan oleh rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Pusara Si Bongkok

Pusara Si Bongkok di kaki bukit Tanjung Puteri

4 thoughts on “Ulasan “Si Bongkok Tanjung Puteri”

  1. Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. salam saya nak tumpang tanya mana nk dapat beli buku ni,saya dh cri banyak kedai di sekitar johor amat sukar untuk mendapatnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s