Ulasan novel ‘1515’

Malam semalam saya baru sahaja usai membaca buku karya Faisal Tehrani. Sememangnya ia karya yang sudah lama di pasaran iaitu semenjak tahun 2003. Tetapi, sebuah buku tidak pernah lekang ditelan masa. Sebaliknya, isi bukunya yang paling bernilai sekali.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudara Faisal Tehrani atas penghasilan buku ini. Sudah semestinya untuk menghasilkan buku ini, ia memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam sekali terutamanya mengenai sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan pemerintahan Portugis. Dalam novel ‘1515’ ini, pembaca diperkenalkan dengan watak Dr. Adi Fimiyun Abdul Hadi, seorang sejarawan yang ingin menukar perjalanan sejarah Melaka yang tewas di tangan Portugis pada tahun 1511. Sesungguhnya, beliau ingin mengubah sejarah tersebut dengan kemenangan kepada kerajaan Melaka. Ia diceritakan bagaimana tentera Portugis di bawah arahan wizurai Alburqueque tewas di tangan seorang srikandi yang memiliki ilmu persilatan dan kuasa sakti bersama panglima Melaka. Srikandi tersebut bernama Tun Nyemah Mulya. Seterusnya, kemenangan ke atas Portugis ini membina semangat di kalangan mereka untuk menjajah bumi Portugis diketuai Tun Nyemah Mulya dengan diiringi 100 bahtera perang berisi 60,000 bala tentera bersama kerajaan yang berada di Nusantara seperti Aceh, Jawa, Palembang dan Siak dan 20 kapal Turki lantas menakluki kerajaan Portugal.

“Lisbon pada tahun 1515 jatuh ke tangan Melaka. Orang Melayu memerintah di sana dengan bantuan Sepanyol sehingga tahun 1580 apabila kuasa Melayu mula merosot di Eropah”.

Dalam karya ini, Faisal Tehrani telah mencipta terdapat dua watak Nyemah Mulya. Seorang ketika wujud di zaman kesultanan melayu melaka dan seorang lagi wujud di dunia semasa. Pada mulanya, pembaca berasa keliru kerana memikirkan adakah dua watak ini saling berkait rapat. Namun, setelah membaca secara lebih lanjut, pembaca akan memahaminya bahawa antara mereka hanya sama atas nama sahaja. Tiada hubungan khusus. Di samping itu, penulis turut menyelitkan perasaan cinta dan kasih sayang tiga segi antara Fimiyun, Frida dan Maude. Akhirnya, Fimiyun menerima Maude sebagai suri rumahnya.

Saya tidak menafikan buku ini amat bermutu untuk dibaca. Dengan prosanya yang indah dan asli disertai peribahasa yang menarik serta maksudnya menjadikan buku ‘1515’ wajib menjadi koleksi pembaca. Ia mengandungi sejarah. Sejarah yang kita sebagai rakyat Malaysia perlu ambil tahu.

Saya berasa puas apabila selesai membaca buku ini. Setelah itu terpikir, kenapa tiada pihak produksi filem tidak berminat membikin filem sejarah. Kalau kisah Tun Nyemah Mulya ini difilemkan sudah pasti ia mendapat sambutan. Dengan teknologi sedia ada, cerita ini boleh sahaja menandingi filem Troy, Alexander dan seumpamanya.

Tidak mustahil novel ini dipertimbangkan sebagai karya kategori A atau umum sehingga ia dinobatkan sebagai pemenang kategori novel remaja untuk Hadiah Sastera tahun 2002 oleh Kumpulan Utusan.

GAMBAR : Peninggalan Portugis ( atas- A Famosa, bawah-St. Paul Church )

15 thoughts on “Ulasan novel ‘1515’

  1. salam abang om…fauzan ni…
    nak cite skit pasal novel 1515 ni. sebenarnya sy br je habis bace novel ni. wow…sangat mengagumkan. hebatlah garapan cerita die. bahasa yg faisal tehrani pakai pn senang nak faham. dan yg sy bersyukur sgt sy dapat tahu bangsa melayu pernah menjajah Portugi. hahahaha padan muke diorg…

  2. Wasalam..wahh, thanks atas kunjungan adik fauzan. Tahniah sebab dapat mengikuti karya Faisal Tehrani. Sememangnya abang Faisal seorang penulis yang cukup hebat kan🙂 jangan lupa baca pula karya lain daripadanya. Abang om syorkan fauzan baca pula 1511H[KOMBAT].. Selamat membaca. Kirim salam pada semua ek. Hehee..

  3. hai…. untuk semua peminat novel Faisal Tehrani. terima kasih untuk novel yang baik daripada saudara faisal, hampir keseluruhan novelnya saya dah baca, ada yang membuatkan saya termenung, insaf dan ada juga yang buat saya ketawa sorang-sorang(masa baca dalam lrt nak balik ke ‘U’,nasib baik orang tak kisah sangat) sekarang rasa tak sabar nak baca ketupat cinta. tengok sinopsis macam menarik.tapi saya boleh katakan, anda tak akan rugi kalau beli novel tulisan Faisal,malah akan membuat anda lebih jatuh cinta dengan tulisanya.

  4. faiizah,

    Sememangnya FT bisa membuat pembaca jatuh cinta dengan karyanya. Bertuah la kepada saudari yang sudah hampir membaca keseluruhan novelnya. Saya masih mencari2 novel FT untuk dijadikan koleksi. Dalam khazanah antara novel FT yang ada adalah 1515..Tuhan Manusia..Manikam Kalbu..Ketupat Cinta..1511[Kombat]..Kekasih Sam po Bo..Tunggu Teduh Dulu..dan Bedar Sukma Bisu. Maksudnya, masih ada beberapa karyanya untuk dimiliki di luar sana🙂

  5. asalamualaikum.minta perhatian,sesiapa yang berminat untuk menulis novel berbentuk agama bolehlah melayangkan minat anda di blog saya dan email anda untuk saya hubungi.Hanya perlu katakan anda berminat dan bersedia dengan manuskrip yang mempunyai ciri- ciri yang saya mahukan.jika manuskrip anda baik, saya sebagai editor projek akan berusaha menerbitkan karya anda.selamat mencuba.ini bukan main-main.

  6. saudara mesejabdul

    maaf dari sorga yang saya taip semula semasa praktikal dahulu untuk terbitan semula.adventure si peniup ney yang mampu buat saudara terbuai dalam keinsafan, bila tuhan berbicara, lucu , ilmu dan kesedaran diadun bersama, detektif indigo dan ditekif indigo kembali, wah mcm navy csi, cinta hari-hari rusuhan, perempuan politikus melayu,surat-surat perempuan johor saya pinjam di library UM, ikan fugu, lukisan dan jimson, dan yang akhir karya nan indah kalau saudara mahu bertatih dahulu dalam penulisan. saya dapat koleksi ini semasa praktikal di syarikat penerbitan novel faisal.sering juga dapat bersua muka.saudara boleh cari buku-buku ini di MPH, mahu seribu daya, malas banyak dalihnya.selamat mencuba.

  7. faiizah,

    Terima kasih faiizah kerana sudi berkongsi novel FT yang lainnya. Nyata sekali, masih banyak karya beliau yang masih belum dimiliki. Terlupa, karya nan indah juga sudah saya miliki. Memang sebuah buku yang bagus sebagai permulaan untuk belajar menulis karya. Namun, masih belum berkesempatan untuk memulakan langkah. InsyaAllah, harap dimudahkan segala urusan.

    Faiizah, harap disertakan sekali link blog dan email saudari sebagai capaian bagi yang berminat untuk berkarya.🙂

  8. mesejabdul

    terlupa pula saya nak bagi email.faiizah_lood@yahoo.com.saya mempelawa anda di luar sana yang berminat menjadi penulis.hampir 2 minggu kusut juga menyiapkan proposal untuk menerbitkan novel agama.keluar masuk kedai buku saya dibuatnya. sudah usai saya mengayam ketupat cinta dan disemat dalam hati.sedih benar melihat Tun Lepat yang sampai pening-pening kepala meratap perpisahan dengan mamaknya.takut juga membeli kuih tepung gomak untuk berbuka,bimbang ada lebihan air mata dan hingus Tun Lepat.heheheh. hampir 4 hari baru berjaya saya khatam bukunya,semuanya disebabkan kesibukan untuk menyiapkan proposal.

    hari ini ingin bertukar angin, ingin mencuci minda dengan karya novelis dari indonesia, Andrea hirata, laskar pelangi…menarilah dan terus ketawa,walau dunia tak seindah syurga..opsss…terlebih sudah. seronok juga menatap bab 1, lucu dengan kisah kanak-kanak yang kuat hatinya mahu merubah diri dan keluarga.sesekali merubah citarasa, mungkin lebih banyak bertambah ilmu selepas membaca.

  9. faiizah,

    Kagum dengan faiizah yang sudah mula mengorak langkah menjadi seorang penulis. Saya masih mencari-cari ruang untuk berkarya. Doakan sahaja agar tercapai jua hasrat untuk menghasilkan buku sendiri🙂 Ya, sudah saya hadam juga Ketupat Cinta. Sememangnya ia buah tangan FT yang cukup menarik sehingga kekadang mengeletek hati keseorangan.

    Saya masih belum berkesempatan untuk menari bersama Laskar Pelangi. Namun, sudah membaca trilogi lainnya tika Iral dan Lintang sudah membesar dalam Edensor dan Sang Pemimpi🙂

  10. salam…

    mesejabdul

    opss…mungkin ada salah faham disini, saya bukan seorang penulis, proposal yang dibuat juga bukan mengenai karya yang ingin saya hasilkan. saya hanya seorang editor projek, sedang mencari penulis yang berbakat untuk menulis novel keagamaan seperti novel faisal tehrani, habiburrahman, zaid akhatar atau andrea hirata. saya menyiapkan proposel untuk menerbitkan novel agama.

    mesejabdul atau sesiapa yang berminat bolehlah menghantar jawapan serta rasa teruja anda untuk menghasilkan novel tersebut di emel saya faiizah_lood@yahoo.com.

  11. Saya percaya banyak cerita yang benar telah di sorok perilhal melaka, furthermore tidak hairan jika Tun Nyemah hanyalah salah satu pahlawan yang disorokkan, sejarah yang terpampang dimasa kini telah di putar belitkan oleh penjajah. Persoalanya kenapa dan mengapa. Generasi kini menghitung bahawa sejarah lama adalah mitos, inilah yang diinginkan penjajah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s