Hari ini sebagai guru..

Pada pukul 8 pagi tadi, saya telah mendaftarkan diri sebagai seorang guru tetap di SEKOLAH BANDAR BINTANGOR, Bintangor. Di dalam hati, terdetik mengatakan bermula pada saat ini, ini adalah profesion yang saya akan jiwai dalam kehidupan sehingga hari tua iaitu sebagai seorang pendidik.

Di sekolah, terdapat seorang lagi guru baru yang sama-sama ditempatkan di sekolah tersebut. Dia ialah rakan yang sama perjuangan ketika bersekolah di Tingkatan 6 dahulu dan turut menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada hari pertama, kami telah ditugaskan untuk menyediakan buku log yang perlu disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Buku log ini ditulis pada setiap hari sehingga pada 5 Disember 2008 nanti. Tujuan buku log ini dibuat adalah sebagai orientasi kepada kami sebagai Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST). Sehubungan itu, ia memberi pendedahan kepada kami mengenai pengurusan dan pengalaman yang bakal dilalui sepanjang berkhidmat di sekolah. Di samping itu, ia juga sebagai medium membolehkan kami sebagai guru baru pantas menguasai kemahiran keguruan dan meningkatkan motivasi serta bersiaga menjadi guru yang berkesan menjelang tahun 2009.

Harapan saya, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih atas peluang ini bersama semua pendidik di seluruh Malaysia dengan niat yang suci iaitu melahirkan dan membentuk generasi kini yang berguna, berketrampilan dan berwibawa dalam meneruskan gerbang kehidupan untuk episod hidup yang bakal menjelang tiba.

The new leaders of tomorrow are  visionary. They are both learners and teachers. Not only do they foresee paradigm changes ini society, but they also have a strong sense of ethics and work to build integrity in their organisations.

14 thoughts on “Hari ini sebagai guru..

  1. wow…tahniah! semoga tabah dan sabar menempuh dugaan dan cabaran yang bakal ditempuhi kelak! keep smile always..🙂

  2. Terima kasih saudari mazidah. Saya akan cuba menjadi guru yang komited dalam membentuk generasi pelajar iaitu aset berharga negara untuk masa hadapan.

  3. Assalamualaikum,
    Tahniah Saudara Abdul! Sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru. Ingat selalu, guru ialah arkitek bangsa! Selamat menempuh dunia penuh menguji diri.

  4. Tahniah,

    SMKBB dulu adalah tempat posting saya yg pertama tahun 2004

    Banyak pengalaman dekat sana walaupun cuma 1 1/2 tahun sebelum tranfer balik ke Kuching

  5. Ex-SMKBB – Terima kasih, cikgu. Tahun hadapan saya bersama-sama akan memegang amanah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan mengalami apa yang telah dilalui oleh cikgu sepanjang di SMKBB🙂

  6. mya marja – waalaikumussalam. Terima kasih, encik. Akan saya sematkan dalam diri kata-kata encik sebagai pegangan dalam mendidik anak bangsa.

  7. nanti u buat la perkembangan tent sekolah tu…tak pernah masuk tp perna dgr je..letak la gambar2 tent sekolah tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s