PRESIDEN OBAMA MENCIPTA SEJARAH

Semalam diisytiharkan Barack Obama diberikan mandat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Kejayaan Obama ini memberikan satu kejutan dalam sejarah politik Amerika kerana buat pertama kalinya Presidennya adalah berkulit hitam. Ternyata sokongan kepada beliau oleh rakyat Amerika tidak berbelah bahagi dengan disaingi hebat oleh Hillary Clinton dalam Parti Demokrat dan lawannya one-on-one dengan John McCain dari Parti Republikan.

Barack Obama dilahirkan pada 4 Ogos 1961 hasil daripada pasangan Barack Husein Obama Senior (seorang penganut Islam dari Kenya) dengan Ann Dunham (wanita kulit putih dari Kansas). Namun ketika usianya menginjak 2 tahun, kedua ibu bapa beliau bercerai. Namun, ibu Obama lantas berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia, Lolo Soetoro. Pada masa usia 6 tahun, beliau telah berhijrah ke Indonesia. Di sana, Obama menceritakan keperitan dan kepayahan hidupnya yang sehingga kini tidak dilupakan.

Tidak mempunyai wang untuk masuk ke sekolah internasional, saya bersekolah di sekolah biasa dan bermain bersama dengan anak petani, nelayan, penjahit dan juru tulis

Pada tahun 1971, ibu beliau menghantarnya balik semula ke Amerika Syarikat untuk tinggal bersama neneknya. Semenjak itu, Obama mencipta langkah dalam dirinya untuk mengubah nasib dan takdirnya sehingga kini menjadi orang nombor satu di Amerika Syarikat.

Dengan latar belakang perpaduan dari dua ras yang berbeza dalam diri Obama, beliau tampil berkempen dengan visinya yang meraih simpati iaitu

Tiada orang Amerika hitam atau Amerika Putih, orang Amerika latin atau Amerika asia – yang ada hanya Amerika Syarikat

Kemenangan Obama ini disertai harapan bukan sahaja oleh rakyat Amerika malahan kepada semua penduduk dunia kerana kita ketahui Amerika Syarikat merupakan kuasa besar dunia agar peperangan dan penjajahan haram sebagaimana yang dilakukan oleh George W. Bush sebelum ini dapat dihentikan. Sebaliknya, jalan kedamaian dan keamanan akan menjadi pegangan untuk mencetuskan keharmonian kepada dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s