“SICKO” menyentuh hati..

Sementara menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak liga perdana Inggeris lewat malam, saya terlebih dahulu melihat satu filem yang menarik di siaran 413 (star movies). Filem ini ditayangkan pada pukul 11.40malam. Filemnya bertajuk “SICKO” arahan Micheal Moore yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Grammy melalui filem “Fahrenheit 9/11”. “SICKO” sebenarnya sudah ditayangkan di pawagam pada tahun lepas.

Filem yang memakan masa selama 1 jam 45 minit ini mengisahkan kesukaran rakyat Amerika untuk menerima rawatan penjagaan kesihatan mereka. Masalahnya, semua intitusi kesihatan di negara tersebut mengkhendaki rakyat marhaen perlu membayar sejumlah wang jika ingin mendapatkan rawatan. Dalam filem ini pada mulanya menceritakan mengenai pengalaman yang dialami oleh beberapa pemegang insurans kesihatan yang sukar untuk mendapatkan rawatan akibat syarikat insurans yang dicarumkan menolak untuk membayar wang rawatan kepada pencarum. Keadaan ini menyebabkan ada mangsa menanggung kesakitan selama bertahun-tahun kerana tidak mampu untuk membuat pembayaran rawatan. Lebih malang, ada insan yang meninggal dunia setelah gagal mendapat rawatan. Keadaan menjadi semakin parah apabila beberapa syarikat insurans dipolitikkan dengan terlaksananya akta baru (tidak ingat nama aktanya) oleh kerajaan. Ini menyebabkan ada rakyat Amerika yang menipu menjadi warganegara Kanada dan mendapatkan rawatan di sana. Di Kanada, rawatan kesihatan adalah percuma sebagaimana di Malaysia.

Yang paling menarik dalam filem ini apabila Micheal Moore membuat kunjungan ke England (London) dan Perancis (Paris) untuk menyelidiki bagaimana rawatan kesihatan di kedua-dua negara tersebut. Di London, beliau terkejut apabila rawatan kesihatan di hospital kerajaan adalah percuma. Sebarang rawatan tidak dikenakan bayaran. Dalam masa yang sama, kebanyakan para doktor di sana memperolehi pendapatan sebanyak 85,000 pound sterling setahun. Dengan pendapatan ini membolehkan ada doktor berkemampuan membeli rumah mewah berharga sejuta pound dan kereta mahal jenama Audi. Menurut doktor ini, pendapatan yang diperoleh seseorang doktor ditentukan oleh kejayaannya merawat pesakit. Jikalau ada pesakit di bawah jagaannya sembuh daripada penyakit atau perokok yang tidak lagi merokok selepas mendapatkan rawatan, maka pendapatannya akan meningkat naik. Ini amat menarik bagi saya kerana dengan sebegini, para doktor akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit mereka atas ganjaran yang bakal mereka perolehi. Ini juga melonjakkan spirit mereka untuk lebih prihatin menjaga kesihatan pesakit. Selain itu, Micheal Moore turut berkunjung ke salah sebuah farmasi di kota London. Menariknya ialah sebarang ubat-ubatan boleh dibeli dengan harga $6.65 pound sahaja. Contohnya, jika anda inginkan 10 biji pil atau 20, 40 sehingga 100 pil, hanya $ 6.65 pound dikenakan walaupun bilangan pil berbeza. Manakala bagi pelajar berusia bawah 16 tahun, ubat boleh diperolehi dengan percuma.

Di Perancis. Micheal Moore berjumpa dengan rakyat Amerika yang bermastautin di Perancis. Melalui mereka ini, beliau dapat mengetahui rawatan kesihatan di kota Paris. Banyak perkara membuat hati saya tersentuh di kota seni ini. Antaranya, rakyat Perancis sudah semestinya menerima rawatan kesihatan percuma sebagaimana di England. Para pekerja kerajaan di Perancis dianggap paling beruntung kerana mereka boleh diberi cuti sakit minimum 5 minggu (gaji tetap dibayar). Nyawa dan kesihatan pekerja amat diambil berat oleh kerajaan Perancis. Sebagaimana pengalaman seorang rakyat yang disuruh doktornya untuk bercuti selama 3 bulan dan ini mendapat kelulusan daripada majikannya. Tempoh ini membolehkan pekerja terbabit sembuh sepenuhnya daripada penyakit. Sepanjang cuti itu, gajinya akan tetap dibayar setiap bulan. Di samping itu, di negara terbabit ada sebuah agensi kerajaan yang dikenali sebagai S.O.S Medicin yang menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan ke rumah pesakit kurang daripada 1 jam perjalanan. Ini pun PERCUMA. Doktor yang bertugas akan disediakan dengan sebuah kereta yang berkhidmat seperti teksi. Dalam hal kebajikan rakyat Perancis pula, Micheal Moore mendapat tahu bahawa rakyat Perancis boleh menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak dengan bayaran hanya $1 satu jam. Ini bermakna jika ibu bapa bekerja selama 9 jam sehari, maka hanya $9 sehari bayaran kepada pusat asuhan tersebut. Kalau sebulan, baru $ 270 dikenakan. Berbeza di Malaysia, kalau tak silap bayaran untuk pusat asuhan anak-anak dalam lingkungan RM400-500 sebulan agaknya. Di Perancis juga, sesiapa isi rumah yang tidak berkesempatan untuk mengurus rumah seperti membasuh pakaian, membersihkan rumah dan memasak, mereka bisa sahaja mendapatkan perkhidmatan pengasuh kerajaan dengan PERCUMA. Mereka ini akan memberikan perkhidmatan dengan percuma jika semua isi rumah keluar bekerja dengan tanpa sebarang keraguan. Di sana, pendidikan rakyatnya juga adalah percuma. Semua ditanggung oleh kerajaan mereka.

Di babak akhir filem ini, Micheal Moore membawa beberapa orang wira terselamat timbusan bangunan World Trade Center ekoran tragedi 11 September  lalu yang dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Akhirnya, Micheal Moore bertindak membawa mereka untuk mendapatkan rawatan ke sebuah negara yang tidak disangkakan iaitu Cuba (musuh Amerika). Di sana, mereka telah dilayan dengan baik oleh para pekerja dan doktor di hospital kerajaan Cuba (rawatan juga percuma di negara ini). Ternyata, ada antara rakyat Amerika ini merasa amat terharu dan menangis atas rawatan yang mereka terima. Keadaan ini amat berbeza sekali di negara mereka sendiri. Dalam masa yang sama, mereka singgah ke farmasi di Cuba untuk membeli ubat-ubatan. Apa yang mengejutkan sekali ialah apabila ubatnya yang dijual di Amerika adalah pada harga $120 dollar. Tetapi di farmasi ubat yang sama hanya dijual dengan harga $ 3.20 pesos atau kalau ditukarkan dengan wang dollar hanyalah 5 sen sahaja. Ternyata, filem ini membuka mata ramai masyarakat betapa seksanya rakyat Amerika hidup untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Dan filem ini telah dikritik hebat oleh para ahli politik di Amerika Syarikat. Kebenaran akhirnya menyerlah jua. Kalau sebelum ini kita dihidangkan betapa hebatnya Amerika, sekarang kita dapat ketahui bahawa segalanya hanyalah kulit permukaan sahaja. Di sebaliknya, hidup rakyatnya menderita. Jurang kemiskinan dan kekayaan rakyat sebenarnya semakin melebar jauh..

Dengan harapan, pada suatu hari nanti, Malaysia tidak akan sesekali menghadapi situasi yang sama. Biarlah kita mundur dari segi kemajuan, asalkan kita maju dalam memperbaiki taraf hidup rakyat dan paling penting hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s